28 Jan 2012

Adakah anda cukup protien?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

credit

PERNAH TERDENGAR

            “ I eat lots of protein” – ramai yang berkata demikian

Jawapan:-  All protein are not the same – it lacks – “COMPLETE PROTEIN”

a.         Protein is made up of Amino acid – total 22 – (BUILDING BLOCK OF THE BODY).
b.         FORTUNATELY – all BUT 9 can be manufactured by the body
c.         The 9 is known as ‘Essential” amino acid cannot be made by the body. It has to be taken from outside/diet/food
d.         A complete protein is one which provides all 9 amino acid in balanced ratio.

ANIMAL  protein once a complete protein BUT usually comes with “saturated fat” eg . beef contains 35% fat. Awas tentant “fake meat” inject with hormones.

            !!! So the question of protein consumption becomes one of quality rather than quantity

WHILE Plants protein – much low in fat & cholesterol + much easier to digest than animal protein. Is it possible to derive a protein which is highly digestible, high quality while low in fat with no cholesterol ?

                       



WHY PROTEIN SHAKLEE

1.      “Complete Protein” – mengandungi 9 amino acid
2.      Cholesterol free
3.      Vegetable source – soy
4.      Free of saturated fats
5.      No added artifical
6.      Lactose free -
7.      PER – Protein efficiency ratio of 2.5
 
 
 Sila contact saya utk sebarang pertanyaan ..0199142713
 (I'm Shaklee Independent Distributor)


25 Jan 2012

Supplement seisi keluarga dan tips pengambilan.

Sekarang ramai yang menghantar email bertanya apakah vitamin yang boleh diamal seisi keluarga. Bukan hanya untuk diri sendiri tetapi memikirkan kasih saya terhadap suami tercinta dan anak yang dikasihi, kesihatan kini menjadi keutamaan ditambah hari ini penyakit datang tanpa di duga.

Apakah set yang paling sesuai untuk sesisi keluarga?

Saya memperkenalkan Family Wellness Set yang terdiri daripada Energizing soy protien [ESP], B complex, Vitamin C dan Vitalea.

ESP adalah protien. Sel kita terbina dari protien, dan memang kita boleh dapatkan protien dari ikan, daging, telur dan ayam serta sumber kekacang namun tanpa kita sedari keperluan protien adalah sangat tinggi untuk pembentukan sel dalam tubuh kita dan kekangan yang kita hadapi juga tinggi. Iaitu protien hanya hidup pada suhu lebih kurang 37 darjah celcius yang bersamaan dengan suhu badan kita. Lebih dari itu protien mudah rosak dan kandungan asid amino mudah terjejas. Maka pengambilan ESP membantu kita mendapat khasiat protien sebenarnya. Sek yang sihat dapat dihasilkan dengan cukup protien. Sel yang sihat membantu penyerapan vitamin dan galian lain dapat dilakukan dengan optimum. Maka kita akan lebih sihat dan merasakan nikmat kesihatan yang sebenar. Ramai yang amalkan ESP mengakui keberkesanan pengambilan vitamin2 lain.
Tips bagaimana nak bancuh untuk seisi keluarga : Buatkan air milo suam atau jus oren/ manggo dalam satu jug  maka tambahkan 2-3 sudu ESP ke dalam minuman tersebut dan boleh dinikmati seluruh keluarga sewaktu bersarapan.

Vitalea dengan formula zat besi
Tanpa zat besi secukupnya kita boleh menghadapi kekurangan sel darah dan tekanan darah rendah. Maka pengambilan multivitamin tidak boleh dipandang rendah. Dalam Vitalea, terdapat 12 jenis vitamin dan 7 galian yang sangat penting dan diperlukan oleh badan.
Tips untuk beri pada anak umur 6 tahun dan ke atas : bagi yang boleh telan tidak menjadi masalah tetapi bagaimana nak bantu mereka yang tak boleh nak telan? Hanya bancuhkan bersama dengan minuman seperti milo O [ tanpa susu] atau apa2 jus buah-buahan. Dalam masa 5-7 minit kacau air tersebut dan berikan anak anda minum dan mereka akan mendapat khasiat Vitalea Shaklee dalam kehidupan seharian mereka. Anda juga boleh menyediakan Vitalea chew Shaklee untuk anak anda yang berumur 4 tahun ke atas.  

B complex
Kenapa ramai kita mudah letih, mudah marah, mudah rasa cemburu, mudah melenting dan muka nampak tua dari umur? Ini kerana B complex dalam tubuh tidak mencukupi dan vitamin B mudah musnah bila kita terdedah dengan panas, emosi yang tidak stabil , pengambilan pil perancang , merokok dan keletihan melampau. Maka B complex sangat penting dan bagus diambil selepas sarapan supaya kita dapat mulakan mood kita seharian dengan senyuman dan hati yang tenang.
Tips untuk makan seisi keluarga : sediakan B complex dalam piring kecil yang menarik dan hidangkan untuk diri, suami dan anak yang berumur 7 tahun dan ke atas.

Vitamin C
Jika anda mampu untuk makan 3-4 jenis potongan buah setiap hari, insyaALLAH anda berusaha memastikan keperluan vitamin C dalam tubuh anda sentiasa terjamin. Namun tahukah kita bahawa apabila kita terlalu keletihan, terdedah dengan panas, asap kereta asap rokok, emosi yang tidak stabil seperti mudah marah dan melenting akan menyebabkan banyak vitamin C yang sedia ada dalam badan termusnah begitu sahaja? Ini kerana Vitamin C dan vitamin B Complex adalah vitamin yang Fragile dan ini bermakna dua vitamin ini mudah rosak. Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg keperluan badan seharian yang mana ia bertindak mengikut pelepasan masa. Ia hanya akan melepaskan vitamin C atas keperluan badan.
Tips untuk makan seisi keluarga : sediakan Vitamin C dalam piring kecil yang menarik dan hidangkan untuk diri, suami dan anak yang berumur 7 tahun dan ke atas. Anda juga boleh menyediakan vitamin C chew Shaklee untuk anak anda yang berumur 4 tahun ke atas.


Seorang ibu perlu kreatif dalam menyediakan supplement untuk anaknya bagi memastikan mereka kekal sihat, bertenaga dan ceria sepanjang hari. Supplement tidak seharusnya diberi kepada anak yang berumur 1 tahun ke bawah kerana nutrisi itu boleh di dapati dari susuibu dan sangat bagus apabila si ibu itu menjaga pemakanannya. Supplement bukanlah satu yang dijadikan ubat dikala anak sakit tetapi dijadikan pendinding yang membantu mengukuhkan lagi antibodi anak anak di kala mereka sihat. Jadikan prinsip mencegah lebih baik dari merawat. InsyaALLAH sebagai ibu dan bapa, bila anak sihat kita juga tenang dan sejahtera.

Set Family Wellness Shaklee sesuai diambil untuk seisi keluarga termasuklah ibu yang menyusukan anaknya. Bila seluruh keluarga sihat, maka kita berusaha kekalkan kesejahteraan dan keharmonian keluarga kita. Keluarga bahagia menjana ummah yang berjaya.

credit

Boleh hubungi saya di talian 0199142713..juga terdapat dalam set percubaan dengan harga yang berpatutan. Setiap set percubaan akan dapat free gift + free postage..dapatkannya hari ini..

24 Jan 2012

Sharing is caring..

Sebelum memperkenalkan sesuatu kepada orang, seharusnya kita yang perlu mencuba terlebih dahulu..bila kita dah rasa sendiri, dah dapat manfaatnya, bolehlah share pada orang ramai...itulah dikatakan sharing is caring..dan prinsip ini jugalah yg diamalkan oleh k.Norita (menjadikan Shaklee sbg teman beliau selama 12 tahun dah...mesti byk pengalaman beliau...)..jom kita bc citer K.N...

credit to k.N


Selepas berjaya menyusukan dua anak saya dengan susuibu, dan setelah saya dapat lihat testimoni ibu2, memang benar apa yang si ibu makan , anak akan dapat melalui susuibu itu sendiri.

Bayi baru lahir
Masa saya melahirkan Addin dan Nasa , doktor menasihatkan jangan mengambil apa2 jamu selama 14 hari pertama kerana bayi akan dapat apa yang ibu makan. Maka untuk kurangkan risiko bayi kuning, maka ibu harus elakkan makan makanan yang panas seperti jamu, lada hitam, nenas, ikan duri dan beberapa lagi yang dikatakan boleh mengganggu perut bayi.

Nasihat bidan
Bidan kampung yang berumur 70 tahun yang menjaga saya dan Nasa sendiri mengingatkan saya agar jaga makan 6 bulan yang pertama. Kata beliau, disebabkan baby bergantung sepenuhnya dengan susuibu, si ibu diharap akan menjaga makanan...bukan tak boleh makan seperti buah durian atau apa sahaja yang panas tetapi makan dengan berpada-pada. Supaya anak tidak meragam dan penghasilan susuibu juga tidak terganggu.

Makan vitamin sebaik sahaja melahirkan.
Saya lahirkan dua-dua anak saya secara c-sec, alhamdulillah...cepat recover. Anak first walaupun fully GA, sedar aje saya boleh bangun dan minta nurse bukakan drip... sebab nak tengok baby dalam incubator terus ajak suami pergi tengok baby dalam ncubator. Doktor siap tanya, ni bangun terus jalan tak de rasa pening atau nak pitam ke? Saya jawab tak de. Saya sangat yakin saya cepat sihat sebab sebelum pembedahan, saya dah lengkapkan badan saya dengan ESP dan semua vitamin yang perlu.

Time Nasa lagi best, lepas habis jahit, saya masuk bilik dan terus dapat susukan Nasa ditambah saya hanya separa sedar masa pembedahan. Saya lebih yakin sebab dah ada pengalaman dengan anak pertama.

Selepas beberapa melahirkan, selera saya belum betul2 terbuka, maka pengambilan ESP sangat membantu saya bertenaga. Vitamin-vitamin lain saya amik selepas makan lunch or dinner sebab saya set vitamin ini bantu badan saya cepat recover.


Bukti dan testimoni.
Semasa menjayakan penyusuan Addin dan Nasa, ESP adalah supplement saya yang wajib ada. Sebab selepas amik ESP, susu saya memang senang bengkak. Ditambah bila bancuh ESP dengan susu segar dalam kotak.. selain itu alfalfa. Vitamin lain membantu mood saya baik, tidak mudah jatuh sakit....but for me it's only part of USAHA. The rest ALLAH yang memberi dengan rahmatNYA.
Berat Addin dan Nasa menjadi perhatian doktor dan ahli keluarga kami. Mana taknya, ibunya kecil tetapi mereka sangat besar. Dua beradik ini sebelum 6 bulan dah cecah 10kg berat. Namun selepas mereka mula aktif, berat mereka naik seperti bayi biasa. Mereka overshoot pada 6 bulan pertama jadi mereka tak de masalah underweight bila mereka mula aktif.



Apa yang saya lalui dengan penyusuan bersama Shaklee?
Pengambilan ESP buatkan saya senang kenyang...breast pun mudah bengkak....dan anak saya memang mudah kenyang. Vitamin B membantu saya mengawal tekanan, Vitamin C bantu saya tak mudah allergik [ saya ada allergik dengan makanan laut] Kalsium bantu saya supaya tak mudah sakit gigi dan anak pun cepat tumbuh giginya. Vitalea bantu saya tak mudah pitam dan anak membesar lebih baik apabila si ibu cukup zat besi. Alfalfa saya makan untuk bantu susu saya cepat buat dan kepentingannya sama seperti ESP.


Komposisi utama dalam susuibu ialah protien, kalsium dan vitamin serta zat lain. Maka apabila kita amalkan makanan yang kaya dengan protien, kalsium serta vitamin lain, memang anak sendiri mudah kenyang.

Bagi mereka yang cara hidupnya seimbang, mungkin memandang remeh dengan vitamin, tetapi ia hak individu. Tiada siapa pun berhak mengatakan ia perlu mahupun tidak perlu sebab setiap orang mempunya cara hidup, kekangan dan kekuatan yang berbeza.

Tetapi secara jujur, saya memang puashati atas pelaburan saya dan suami lakukan membeli vitamin ini untuk kami usaha ke arah kesihatan. Bagi yang belum pernah cuba dan ingin cuba, boleh call saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk ini.


Anak ibu.....
 
 
Teruja bila baca pengalaman k.Norita ni...anda pon ingin mencubanye???pm sy atau sms sy di 019-9142713..set percubaan ada disediakan dengan harga mampu milik...free gift + postage!!
Salam sayang Ibu Iman
 

Ibu mengandung : vitamin yang penting dan vitamin yang TIDAK BOLEH diambil.


Memang vitamin hakikatnya adalah makanan tambahan yang diperlukan oleh badan untuk mengisi ruang-ruang kosong yang tidak dapat dipenuhi dari diet pemakanan harian. Namun bagi ibu mengandung hanya ada beberapa vitamin yang disarankan diambil semasa mengandung demi memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan sihat dan cukup zat.

Vitamin yang perlu
Vitamin yang perlu diambil oleh ibu yang mengandung adalah protien, multivitamin yang lengkap dengan zat besi, vitamin b complex yang lengkap dengan folik asid,Vitamin C, Kalsium dan Omega.

Fungsi Vitamin 
Secara ringkasnya kepentingan vitamin tersebut adalah :
Protien : untuk bina sel. Sel terbina dari protien. Tanpa protien, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.

Multivitamin dengan zat besi : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.

B complex : penting untuk pembinaan sel darah, sarah dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.

Vitamin C : pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi.

Kalsium : pembinaan sel darah merah serta tulang bayi.

Omega : membantu pembentukan sel otak.


Namun ada beberapa vitamin yang tak disarankan diambil semasa mengandung ialah antaranya vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch kecuali atas saranan doktor sendiri.

Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

Maka sebelum anda membeli apa jua vitamin, pastikan konsultasi diberikan agar pengambilan vitamin memberi kesan kesihatan yang optimum.

credit

Dapatkan vitamin istimewa dengan harga yang special....sms kan kpd sy 0199142713...untuk setiap trial pack akan mendapat free gift + free postage..

Salam sayang Ibu Iman

22 Jan 2012

Ada soalan??ini jawapannya..

credit to k.N
 Ini adalah antara soalan yang popular yang ditanya oleh mereka yang baru mengenali Shaklee....

1. Adakah Shaklee ini Halal?
Jawapan : Halal. Boleh rujuk artikel Halal ini .

2. Mengapa urin saya bertukar jadi kekuningan selepas mengambil vitamin?

Jawapan: Ianya adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.

3. Mengapa susu saya bertukar kuning kehijauan?
Jawapan: ia adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.

4. Adakah trial pack masih ada untuk saya cuba?
Jawapan: Ianya sentiasa ada , di sediakan dengan harga yang berpatutan. Bagi pertama kali mencuba, adalah digalakkan membeli trial pack terlebih dahulu.

5. Saya mengalami pening2 selepas mengambil vitamin ini, mengapa? Adakah tidak serasi?
Jawapan: Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang TIDAK kurang dari 2 liter. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca dari less water intake. Satu lagi adalah kerana, jika individu itu adalah pertama kali mengambil supplement, maka tubuh memerlukan 1-3 hari untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima. (Ibaratkan seorang yang tidak punyai perabot di dalam rumahnya dan tiba2 datang orang menghantar perabot serta memenuhi ruang kekosongan dalam rumah, pastinya individu itu perlukan masa untuk menyesuaikan  diri.). Hakikatnya keserasian memerlukan masa.

6. Saya selesa dengan vitamin Shaklee setelah mencubanya melalui trial pack. Boleh saya beli full pack dengan best price?
Jawapan: Boleh dan ianya lebih menjimatkan.


7. Saya seorang yang kurang minum air kerana malas nak ke tandas, bolehkah saya mengambil supplement ini sebab mempunyai masalah buasir.
Jawapan: Tidak saya galakkan mereka yang kurang minum air mengambil supplement, ini kerana ia tidak dapat disalurkan dengan baik ke seluruh tubuh.

8. Adakah vitamin ini membantu saya cepat sembuh dari penyakit yang saya lalui?
Jawapan: Vitamin bukan dalam kumpulan ubat. Ianya sekadar supplement iaitu makanan tambahan yang mengisi ruang kekosongan dalam tubuh. Seterusnya ia membantu badan meningkatkan sistem imun dan secara langsung membantu tubuh melawan penyakit. Sekiranya penyakit yang kronik atau berlarutan maka memang memerlukan masa dan perlu mengambil antioksidan seperti ACE, Nutriferon ataupun Vivix untuk membantu meninggikan daya ketahanan tubuh. Tidak lupa doa serta tawakal pada Yang Esa.

9. Bolehkah saya membeli sendiri vitamin di mana2 sales branch?
Jawapan: Boleh, hanya mesej saya di talian 019-9142713 untuk dapatkan ID Shaklee.

10. Adakah normal bagi anak saya, setelah pengambilan vitamin, si kecil minum sedikit dan terus lena. Berbeza dengan sebelum ini, si kecil saya akan mengamuk2 dan asyik berjaga mahu menyusu.
Jawapan: Ibu2 yang mengambil vitamin dalam diet harian selain pengambilan makanan harian yang lengkap(tidak berdiet kerana kawalan makanan akan menggangu penghasilan susu) akan mendapati susunya akan bertambah pekat dan anak akan minum sdikit sahaja serta mudah lena. Apabila ini berlaku si ibu di sarankan mengepam sebaik sahaja si kecil lena. Agar penghasilan susu dengan lebih banyak dapat dihasilkan.

11. Adakah vitamin Shaklee selamat diambil oleh ibu yang mengandung? 
Jawapan: Ya boleh kerana ia adalah vitamin. Setiap ibu mengandung akan dibekalkan oleh doktor vitamin demi memastikan si ibu dan anak sihat dan selamat semasa proses kelahiran.


12. Apakah vitamin yang baik untuk diambil oleh ibu yang menyusu?
Jawapan: Secara basic saya sarankan 4 jenis iaitu Vitalea, b complex, Vitamin C dan Alfalfa. Namun seandainya mempunyai lebihan rezeki boleh mengambil ESP iaitu soya protin kerana ini membantu anak mudah kenyang dan pembesaran anak lebih lancar selain kalsium untuk memastikan si ibu mampu membekalkan kalsium buat dirinya dan bayi yang disusukan.

12. Mengapakah saya mudah rasa lapar setelah mengambil vitamin? Saya takut saya akan gemuk. Adakah saya mempunyai potensi untuk gemuk?

Jawapan: Pengambilan B complex dan multivitamin boleh membuatkan seseorang itu mudah merasa lapar. Ini kerana B complex berfungsi membakar glukos untuk menghasilkan tenaga. Rasa lapar itu adalah salah satu body sign yang bermaksud tubuh memerlukan gula untuk ditukarkan kepada tenaga.

Makanan yang dimakan akan ditukar segera kepada tenaga, itu sebabnya mengapa mereka yang mengambil B complex akan sentiasa rasa bertenaga. Walaubagaimanapun ada sesetengah individu tidak dapat mengawal nafsu makannya.Ini yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berat badan dengan ketinggian seseorang. Pastikan anda mengambil 3 meal sehari dengan masa yang teratur dan jika terasa lapar di antara waktu tersebut, cubalah makan buah2an atau makanan yang kaya dengan serat supaya tidak mudah mengalami kegemukkan.


Ingin mencubanya? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. sms kan kepada saya 019-9142713..

Salam sayang Ibu Iman


21 Jan 2012

Tension???Stress???anda perlukan ini....

Sesungguhnya vitamin c dan b complex adalah vitamin yang larut air. kedua-dua vitamin ini dalam kategori fragile atau erti kata lain mudah musnah akibat banyak faktor antaranya, stress. Stress boleh memusnahkan vitamin c dan b complex dalam tubuh kita. Asap rokok dan kenderaan juga boleh menyebabkan kemusnahan vitamin ini. Terdedah kepada matahari juga menyebabkan kerosakan kepada kedua-dua vitamin ini dalam tubuh manusia.
Mereka yang kurang keyakinan diri, mudah letih, mudah marah, sensitif adalah golongan yang sangat kurang vitamin c dan b complex.

Seperti yang kita semua sedia maklum, vitamin c sangat penting bagi tubuh kita terutama dalam melawan penyakit kerana ia merupakan salah satu vitamin yang dikenali sebagai antioksidan. Ianya dikatakan dapat membantu meningkatkan immune system badan kita. Bagi ibu yang cukup vitamin C, insyaAllah anak susuannya akan kurang mendapat jangkitan batuk mahupun selsema dari pembawa penyakit tersebut.
 
VITAMIN C SANGAT RAPUH (FRAGILE)

1. Vitamin C larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti –malah setiap hari.

2. Vitamin C mudah dimusnahkan oleh pencemaran udara & air. Contohnya merokok sekotak boleh membakar 500 mg Vit C.

3. Mudah musnah kerana stress (tekanan ) - physikal dan mental.

4. Vitamin C mudah teroksida oleh oksigen. Contoh makanan pemotongan sayur-sayuran, buah-buahan yg terdedah terlalu lama sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan Vit.C. Contoh lain ialah cara memasak yang terlalu lama atau dengan suhu yang tinggi.

Faktor-faktor lain…. Pemilihan makanan, penyusuan anak, umur, aktiviti dan penyakit juga memainkan peranan dalam pengambilan b complex dan vitamin C dalam diet seharian.
Last but not least: Satu soalan cepu emas dari seorang doctor….

Kalau anda begitu berhati-hati bila sakit , kenapa tidak anda berhati-hati ketika sihat-supaya anda tidak jatuh sakit?


credit


Nak try??pm sy 019-9142713..fb: Yati Md Zain

Keistimewaan Vitamin C


Vitamin C

Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu?

Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.

Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.

Dr Norman Mohd Norawi dalam artikelnya menyenaraikan beberapa kesan sampingan dari pengambilan vitamin C pada dos yang tinggi.

Diarrhoea – hanya jika dos terlalu tinggi diambil melalui mulut

Suntikan – sakit dan pedih pada tempat suntikan jika disuntik tidak dalam saluran

Namun, beliau menegaskan, secara amnya vitamin C yang diambil tidak memberi kesan sampingan yang buruk walaupun pada dos yang tinggi, malahan terdapat banyak kajian yang dijalankan oleh para saintis yang menunjukkan vitamin c pada dos yang lebih tinggi tidak merbahaya dan baik untuk kesihatan.


Pesanan buat pengguna Shaklee, perasankah anda pada botol Vitamin C ada tertulis Sustained Released. Ini bermakna kandungan 500mg per tablet dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut keperluan badan. Namun, jika demam atau selsema, adalah dinasihatkan agar mengambil 2 biji vitamin C untuk pagi dan malam dan dipatah dua sebelum dimakan. Mengapa perlu di patah dua? Ianya untuk memastikan vitamin C merembeskan kesemua 500mg. Ini kerana semasa sakit, badan memerlukan vitamin C pada kadar yang lebih tinggi dari biasa.


Akhir kata renungi kata-kata ini "The patient should be made to understand that he or she must take charge of his own life. Don't take your body to the doctor as if he were a repair shop." - Quentin Regestein


credit


Hubungi saya 019-9142713 @fb : Yati Md Zain

Kenapa vitamin C perlu dipatah dua jika demam dan selsema?


Perasankah anda di botol vitamin C 500mg Shaklee tertulis perkataan Sustained released? Ini bermaksud vitamin C Shaklee sebiji mengandungi 500mg vitamin C dan ianya dirembeskan secara perlahan-lahan dalam badan mengikut keperluan badan kita tadi. Ini sangat bagus kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi.


Namun apabila kita demam dan selsema, ibu akan advise amik sebanyak dua biji vitamin C iaitu sebiji waktu pagi dan sebiji lagi waktu malam. Selain itu ibu akan advise agar vitamin C itu dipatah dua sebelum ditelan. Untuk apa ya? Ianya untuk memastikan vitamin C itu merembeskan kesemuanya vitamin C 500mg. Ini kerana semasa kita sakit badan kita memerlukan vitamin C pada kadar yang lebih tinggi dari biasa.

Maka ibu harap agar lebih ramai kita yang sedar tentang kepentingan vitamin dalam kehidupan seharian.


Salam sayang Ibu Iman

4 Set Penyusuan yang sangat POPULAR !


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Alhamdulillah 2012 adalah lembaran baru bagi semua insan dan ibu khususnya....terutama bagi mereka yang baru mengenali dunia penyusuan.
Ingin saya kongsikan 4 set penyusuan yang benar-benar mempunyai permintaan yang sangat tinggi.

Empat set itu ialah

1. Set B
  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang TIDAK  mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.
     
2. Set Eu Four Pack
  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.

3. Set E
  • Mengandungi  Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
  • Set ini memberi kesan yang lebih yang tidak kurang bagusnya kerana kandungan Alfalfa yang mempunyai khasiat protien di dalamnya.


4. Set 3M
  • Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha. 
Perjalanan penyusuan dua tahun ini menuntut ibu menyusu secara kerap atau pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Supplement sangat membantu mengisi ruang kosong dalam tubuh ibu terutama bagi yang mempunyai kekangan untuk amalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang disarankan.

Buat renungan bersama....

Syarikat susu formula saling berlumba untuk menghasilkan susu yang kaya dengan pelbagai formula namun sedarkah kita ianya tidak mampu untuk menandingi susuibu, anugerah terbaik buat si manja? Tidakkah kita juga mahu berikan yang terbaik buat si manja kita?”. 


credit to K.N


Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, dan dapatkan tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian  dari saya sebagai Shaklee independent distributor anda.


hubungi : 019-9142713, fb: Yati Md Zain

18 Jan 2012

Kenapa LECITHIN??

Mungkin ada dikalangan anda yang masih tertanya akan kepentingan LECITHIN ini...ianya terjawab di sini..:):)


Kepentingan Lecithin :

Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :

Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .

Kolin – satu komponen neurotransmitter.

Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.

Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.

Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA

Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).

Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.

Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).

Membantu kawal paras triglycerides.

Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.

Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.

PENTING UNTUK FUNGSI OTAK

Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.

Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.

Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.

UNTUK KAUM TUA

Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.

Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.

UNTUK PENGHADAMAN

Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

UNTUK SEL

Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.

Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)

Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.

Tapi pastikan anda mengambil Lecitin selepas heavy meal(lunch/dinner)..bukan sebelum makan lunch/dinner yer ..kerana .pengambilan vitamin sebelum makan akan meningkatkan enzim metabolik... dimana anda akan cepat berasa lapar.... ..:-)



Anda igin mencuba???PM sy hari ini :019-9142713 (juga terdapat dlm TRIAL PACK + FREE GIFT)

Credit : mamafaiz.com

14 Jan 2012

TEKNIK MEMERAH SUSU

Bagi ibu-ibu yang bekerja, 2 minggu selepas melahirkan bayi adalah waktu terbaik untuk mengumpulkan stok susu sebagai persediaan apabila mula bekerja nanti. Jangan bersedih hati sekiranya hasil susu yang dipam sedikit sahaja, sebaliknya teruskan mengepam dengan mematuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg). Susu yang dipam pada waktu yang berbeza boleh dicampur tetapi perlu disejukkan terlebih dahulu. Sebagai contoh hasil susu yang dipam pada 24 haribulan dan 25 haribulan boleh dicampur selepas beberapa jam diletakkan dibahagian sejuk peti. Barulah susu yang dicampur tadi diletakkan di tempat sejuk beku.

Memerah dengan tangan
- memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
- basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
- sediakan bekas yang bersih dan steril
- lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa
- boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
- buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)
- melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks
- tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu- buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
- tekan payudara ke belakang ke arah dada
- perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
- teruskan memicit sehingga susu keluar
- perah ke dalam bekas yang bersih dan steril
- buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
- tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)
- ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
- tukar ke payudara yang satu lagi
- urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi
- perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
- setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara

Memerah dengan pam payudara
- baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
- basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
- basuh tangan dengan bersih
- duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
- rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
- posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
- mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)
- boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
- pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
- masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)

Panduan-Panduan Lain
1. Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan
2. Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)
3. Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan
4. Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump
5. Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)
6. Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)
7. Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu
8. Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

  credit to Fauzi Lizar


Salam  sayang  Ibu Iman..

13 Jan 2012

K. Nadia tetap berjaya walaupun beliau pengepam tegar!!

Semua ibu mahukan yang terbaik buat anak mereka sebab ALLAH jadikan naluri seorang ibu itu lengkap dengan kasih sayang tanpa batasan. Saya yakin setiap ibu berusaha untuk menyusukan anak mereka ditambah zaman sekarang pendedahan mengenai kebaikan susu ibu rata-rata boleh dilihat.


Namun tahukah kita ada antara ibu-ibu ini tidak merasa menyusukan anak secara langsung @ direct feeding? Mereka tidak merasa nikmat menyusukan dengan sepenuhnya kerana tiada hisapan dari bayi dan tiada sentuhan seperti ibu-ibu yang menyusukan anak secara langsung. Namun ada segelintir dari golongan ini tidak menyerah kalah sama sekali. Mereka tetap berusaha mahu menyusukan anak mereka dengan susuibu dan tidak menjadikan satu alasan untuk tidak berusaha.

Salah seorang customer kak N yang kini juga kawan baik kak N, Kak Nadia yang ceritanya pernah menjadi perhatian ramai ibu....Beliau pernah dapat 12oz per sesi dan boleh baca sini untuk ENTRY KHAS KAK NADIA  . Beliau seorang pengepam tegar. Anak pertama dan kedua beliau tidak mahu menghisap secara langsung sejak lahir lagi. Walaupun begitu, beliau tidak mengaku kalah.....

  Jom baca citer tentang kak Nadia....


Beliau seorang ibu bekerjaya...mempunyai dua puteri. Kedua-duanya tidak dapat disusukan secara langsung , beliau terpaksa menjadi pengepam tegar. Saya kenal kak Nadia bulan 5 tahun 2010. Masa tu saya di airport dan saya terima panggilan dari beliau bertanya tentang vitamin Shaklee untuk penyusuan. Kak Nadia tidak mempunyai masalah susu kerana sekali pam biasanya Kak Nadia akan dapat 6oz untuk satu sesi. Sehari minima kak Nadia akan mengepam sebanyak 8 kali...maka jumlah sehari yang beliau dapat kumpul ialah 48oz. Syukur alhamdulillah. Namun apa yang kak Nadia concern ialah bila baby dah umur 6 bulan dan mula makan, kak Nadia risau susunya akan berkurang ditambah pengalaman dengan anak pertamanya yang hanya berjaya dilakukan hanya untuk 6 bulan sahaja.

Kak Nadia tak mahu kegagalan beliau sebelum ini berulang....beliau mahu meneruskan penyusuan lengkap selama 2 tahun.
Kak Nadia disarankan utk mencuba set B iaitu membantu untuk badan seorang ibu itu sihat, bertenaga, ceria dan mampu terus menghasilkan susuibu apabila sesi penyusuan/ perahan masih berlangsung. Alhamdulillah...selepas seminggu makan, kak Nadia merasa sangat puashati kerana mendapati badannya lebih segar dan lebih bertenaga.

Selepas itu beliau bertanya mengapakah tiba-tiba susunya menjadi semakin berkurang...ditambah waktu itu kak Nadia didatangi menstrual....
beliau dinasihatkan untuk mengambil ESP dan ostematrix demi memastikan badannya mempunyai cukup protien dan kalsium dikala beliau menstrual supaya susu dapat terus dihasilkan dengan baik. Alhamdulillah dengan izin ALLAH miracle berlaku. Susunya bertambah dari 6 oz satu sesi menjadi 12 oz ! MasyaALLAH. Semenjak dari situ, satu sesi perahan kak Nadia ialah minima 8 oz untuk satu sesi perahan.

Namun apa yang ingin ditekankan ialah susu kak Nadia meningkat bukan sebab beliau amik vitamin semata-mata tetapi sebab kak Nadia
RAJIN MENGEPAM. Vitamin hanya bantu badan kita berfungsi dengan lebih baik. Kini anak kak Nadia dah berumur 2 tahun...dan kak Nadia dah berjaya menyusukan anaknya secara penuh dengan susuibu walau terpaksa menjadi pengepam tegar.

Saya cuba menggambarkan bahawa vitamin ini ibarat seperti pelincir. Kereta yang cukup pelincirnya akan bergerak lebih laju apabila kereta dihidupkan. Jika kita menggunakan pelincir yang hebat tetapi kereta tidak dihidupkan , mana mungkin kita dapat lihat kelancaran kereta di atas jalan raya kan?


Sama jua macam badan ibu, kalau makan macam-macam produk yang niat mulanya untuk banyakkan susu tetapi tak dapat nak pam/ susukan secara konsisten, memang takkan nampak hasil sama sekali.


credit to kak N

Berminat utk mencuba??dapatkan set breastfeeding skrg!!!juga boleh didapati dlm trial pack..pm 0199142713 now!!
 


Salam  sayang  Ibu Iman..

Tips untuk meningkatkan penghasilan susu;

# Dapatkan pam yang bersesuaian yang membantu menjimatkan masa dan selesa

# Periksa jika pam anda mempunyai masalah sedutan atau sebagainya yang membuatkan susu semakin kurang

# Kerapkan mengepam atau menyusu setiap 1 1/2 jam atau 2 jam sekali. Jika perlu buat hyperstimulation atau power-pumping dengan menggunakan pam yang ada double-pumping

# Pastikan bayi menyusu kedua belah payudara sehingga dia berhenti sendiri

# Tingkatkan masa mengepam contohnya selepas bayi menyusu tambahkan sesi mengepam sekurang-kurangnya 5-10 minit untuk tujuan stimulasi

# Bagi bayi yang belum memulakan solid food elakkan suplemen seperti air masak, formula dan jus buah untuk pastikan anak terus menyusu susu badan

# Si ibu banyakkan mengambilan makanan yang mengandungi protein dan kalsium untuk hasilkan lebih banyak susu badan

# Pelbagaikan menu makanan anak bagi yang sudah memulakan solid food jika si ibu masih tidak dapat menyediakan jumlah susu yang diperlukan. Bayi yang kenyang akan kurang minum susu

# Banyakkan minum air masak ataupun perbanyakkan makanan yang mengandungi sup bagi si ibu

# Banyakkan berehat. Jangan asingkan tempat tidur untuk memudahkan penyusuan dan perbanyakkan sentuhan kulit ke kulit untuk menggalakkan bayi menyusu lebih lama

# Perbanyakkan menyusu bayi anda untuk tingkatkan penghasilan susu. Susukan bayi anda sebelum pergi bekerja. Pesan pada pengasuh agar tidak memberikan EBM di dalam botol sekurang-kurangnya 1 jam sebelum anda mengambil bayi anda. Cara ini dapat menjimatkan EBM dan secara tidak langsung anda dapat membuat stok

# Banyakkan sesi mengepam di pejabat dan di rumah jika bayi anda telah kenyang.

# Elakkan penggunaan botol susu ketika anda berada bersama bayi. Bayi yang minum melalui botol akan minum lebih banyak kerana puting botol menyebabkan aliran susu laju dan bayi akan minum banyak dan banyak berbanding bayi yang menyusu terus payudara kita.

# Elakkan apa-apa perkara yang boleh membuatkan susu badan anda drop contohnya penggunaan pil perancang. Kedatangan haid juga salah satu sebab penghasilan susu akan menjadi kurang, elakkan stress, sentiasa menjaga kesihatan agar tidak jatuh sakit

# Langkah terakhir ambil galactagogues. Elakkan daripada mengambil pil yang mengandungi dadah seperti motilium. Galactagogues???..aper tu?..Di dalam bahasa yang mudah galactagogue ialah penggalak/penambah susu. Salah satu penggalak/penambah susu yang glemer ialah Alfalfa, fanugreek, soy protein dan sebagainya..

credit

Salam sayang Ibu Iman


Dapatkan set breastfeeding hari ini...juga blh dptkannya secara trial pack!!!pm sy 019-9142713

6 Jan 2012

Why I Get in Love with Shaklee??

Assalamualaikum w.b.t...
Hari ini sy nak kongsi testimoni sy sendiri after ambik produk Shaklee ni...sy agak terkilan coz lmbt tau psl produk ni, after hbis pntang baru tahu dan terus nk cuba..pada mulanya sy agak berat hati nk cuba sbb rs cam mhl sgt,tp bila fikirkan anak...Syakir Iman Az-zuhri bin Saifuldin.., sy sanggup wat pe sj...lgpon bila tau yg da trial pack tuk set breastfeeding drp kawan sy Hafsah Mardhiah..terus teruja nk try....;)Set yang saya guna adalah Set B+ESP+Lecithin+Zinc

Oh yea..lupa nk gtau..problem sy adlh: 

1)     Berat badan naik 15kg semasa pregnt…ms pantang pun turun skit je…kwn2 lain semua dah kembali pd berat asal…mmg kecewa la ms tu…
2)     Susu agak kurang,pam pon dpt setengah oz sj…rs sedih sgt sb teingin nak wat stok tuk baby tapi tak kesampaian…
3)     Sembelit..ni mslh yg baru timbul after pantang..pada mulanye fikir mungkin sb masih fobia,lebih2 lg mmg banyak kena jahit…dah refer pd doctor pakar…tp msih ttp sm..pernah sampai nangis..hu3
4)  Muka berjerawat…tapi bukan kata jerawat batu…tp jerawat yg kecik2 tu sentiasa ada di dahi,pipi, dagu…tukang picit jerawat adalah suami sy..kui3..
5)  Perut sentiasa masuk angin…mmg sy ni kalau silap mkn perut akn jd kembung..ms 2-3 ari after bersalin..nurse dtg umah nk check perut,,dia agak terkejut bila tgk perut sy kembung…dan baby pon mestila kembung jgk sb hisap susu bdn kan???so..nurse xbg sy nyusukan Syakir Iman..ms tu sdh + geram…da ke nurse pon mcm tak galakkan breastfeeding???
6)      Rambut sentiasa gugur…sblm mengandung pon mmg dah da mslh nie..

Bila set trial dah sampai 19hb Nov 2011…sy tekad nk istiqamah dlm mkn vitamin ni, if sblm ni sy suka jgk skip mkn ubt..hehehe..bila dah try,3-4 hari, kuantiti susu tetap sm, sy msj Hafsah…kononnya nk komen la tak de perubahan pon lps amik set ni…tp Hafsah byk bg sy nasihat…tq Hafsah..dan alhmdulillah..seminggu slps itu susu dah meriah....suami pon terkejut, family pon sm..semuanya terkejut bila sy dah boleh pam smpai 4oz..bangga sgt ms tu ;) terus msj Hafsah gtau khabar gembira ni…barulah sy sdr semua ni perlukan kesabaran..

wlaupon Iman dah hisap dulu sblm pam...tp inilah hasilnyee...
Setelah 3 minggu guna set ni,sy try timbang…wow!!!dah 46kg…sblm ni 48-49kg je… dan yg terkini 1 Januari 2012..berat sy turun lagi…..44kg….pastu muka pon mmg dah licin (cik abe la yg perasan…sb dia kan tukang picit jerawat…kih3), sembelit pon dah tak de…suka sgt!!!alhamdlh…kembung pon dah hilang,mkn la pisang berangan ke..minum susu ke..kekacang ke..mmg dah tak kembung…JJJ

Dan yg paling penting susu dah blh wat stok..dah dpat pam sehingga 8-9oz utk sekali pam…(xkisah la org lain lg byk,tp sy dah bersyukur dgn rezki yg Allah bg nie) sy pon blh g keje dgn senang hati…baby pon cpt kenyang..dan skrg ni Syakir Iman Az-zuhri plg tembam di antara sepupu2 dia…pdhl dia la yg paling lmbt lahir ke dunia ini..;)

After 1 month, Hafsah suggest sy jd member dan dealer sekali….maka 19 Dis 2011 bermula lah saya ke alam Shaklee secara sah…dan sy memang tambah lagi koleksi Shaklee saya…

Family sy pon scr tak langsng turut merasai kelebihan produk ini..untuk ma,saya syorkan set optimum health + Ostematrix, adik saya pon sama (dia pernah jatuh dan tulang belakang dia retak) dan  insyaAllah sy akan try Set Penjagaan Rambut pula slps ni…dan yg pasti semua produk akan sy cuba slps ini…

Inilah pengalaman manis sy dgn Shaklee..dah lama nk kongsi cerita ni,tp tak sempat…nsb baik la anak ibu tidur…blh ibu share testimony ni…dank pd anda…bila lagi????jom kita berSHAKLEE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Shakleekan rumah anda dengan koleksi Shaklee..

Salam sayang…Ibu Iman

 
Full design and idea:jiakreatifelt.com