13 Jan 2012

K. Nadia tetap berjaya walaupun beliau pengepam tegar!!

Semua ibu mahukan yang terbaik buat anak mereka sebab ALLAH jadikan naluri seorang ibu itu lengkap dengan kasih sayang tanpa batasan. Saya yakin setiap ibu berusaha untuk menyusukan anak mereka ditambah zaman sekarang pendedahan mengenai kebaikan susu ibu rata-rata boleh dilihat.


Namun tahukah kita ada antara ibu-ibu ini tidak merasa menyusukan anak secara langsung @ direct feeding? Mereka tidak merasa nikmat menyusukan dengan sepenuhnya kerana tiada hisapan dari bayi dan tiada sentuhan seperti ibu-ibu yang menyusukan anak secara langsung. Namun ada segelintir dari golongan ini tidak menyerah kalah sama sekali. Mereka tetap berusaha mahu menyusukan anak mereka dengan susuibu dan tidak menjadikan satu alasan untuk tidak berusaha.

Salah seorang customer kak N yang kini juga kawan baik kak N, Kak Nadia yang ceritanya pernah menjadi perhatian ramai ibu....Beliau pernah dapat 12oz per sesi dan boleh baca sini untuk ENTRY KHAS KAK NADIA  . Beliau seorang pengepam tegar. Anak pertama dan kedua beliau tidak mahu menghisap secara langsung sejak lahir lagi. Walaupun begitu, beliau tidak mengaku kalah.....

  Jom baca citer tentang kak Nadia....


Beliau seorang ibu bekerjaya...mempunyai dua puteri. Kedua-duanya tidak dapat disusukan secara langsung , beliau terpaksa menjadi pengepam tegar. Saya kenal kak Nadia bulan 5 tahun 2010. Masa tu saya di airport dan saya terima panggilan dari beliau bertanya tentang vitamin Shaklee untuk penyusuan. Kak Nadia tidak mempunyai masalah susu kerana sekali pam biasanya Kak Nadia akan dapat 6oz untuk satu sesi. Sehari minima kak Nadia akan mengepam sebanyak 8 kali...maka jumlah sehari yang beliau dapat kumpul ialah 48oz. Syukur alhamdulillah. Namun apa yang kak Nadia concern ialah bila baby dah umur 6 bulan dan mula makan, kak Nadia risau susunya akan berkurang ditambah pengalaman dengan anak pertamanya yang hanya berjaya dilakukan hanya untuk 6 bulan sahaja.

Kak Nadia tak mahu kegagalan beliau sebelum ini berulang....beliau mahu meneruskan penyusuan lengkap selama 2 tahun.
Kak Nadia disarankan utk mencuba set B iaitu membantu untuk badan seorang ibu itu sihat, bertenaga, ceria dan mampu terus menghasilkan susuibu apabila sesi penyusuan/ perahan masih berlangsung. Alhamdulillah...selepas seminggu makan, kak Nadia merasa sangat puashati kerana mendapati badannya lebih segar dan lebih bertenaga.

Selepas itu beliau bertanya mengapakah tiba-tiba susunya menjadi semakin berkurang...ditambah waktu itu kak Nadia didatangi menstrual....
beliau dinasihatkan untuk mengambil ESP dan ostematrix demi memastikan badannya mempunyai cukup protien dan kalsium dikala beliau menstrual supaya susu dapat terus dihasilkan dengan baik. Alhamdulillah dengan izin ALLAH miracle berlaku. Susunya bertambah dari 6 oz satu sesi menjadi 12 oz ! MasyaALLAH. Semenjak dari situ, satu sesi perahan kak Nadia ialah minima 8 oz untuk satu sesi perahan.

Namun apa yang ingin ditekankan ialah susu kak Nadia meningkat bukan sebab beliau amik vitamin semata-mata tetapi sebab kak Nadia
RAJIN MENGEPAM. Vitamin hanya bantu badan kita berfungsi dengan lebih baik. Kini anak kak Nadia dah berumur 2 tahun...dan kak Nadia dah berjaya menyusukan anaknya secara penuh dengan susuibu walau terpaksa menjadi pengepam tegar.

Saya cuba menggambarkan bahawa vitamin ini ibarat seperti pelincir. Kereta yang cukup pelincirnya akan bergerak lebih laju apabila kereta dihidupkan. Jika kita menggunakan pelincir yang hebat tetapi kereta tidak dihidupkan , mana mungkin kita dapat lihat kelancaran kereta di atas jalan raya kan?


Sama jua macam badan ibu, kalau makan macam-macam produk yang niat mulanya untuk banyakkan susu tetapi tak dapat nak pam/ susukan secara konsisten, memang takkan nampak hasil sama sekali.


credit to kak N

Berminat utk mencuba??dapatkan set breastfeeding skrg!!!juga boleh didapati dlm trial pack..pm 0199142713 now!!
 


Salam  sayang  Ibu Iman..

No comments:

 
Full design and idea:jiakreatifelt.com