24 Jan 2012

Sharing is caring..

Sebelum memperkenalkan sesuatu kepada orang, seharusnya kita yang perlu mencuba terlebih dahulu..bila kita dah rasa sendiri, dah dapat manfaatnya, bolehlah share pada orang ramai...itulah dikatakan sharing is caring..dan prinsip ini jugalah yg diamalkan oleh k.Norita (menjadikan Shaklee sbg teman beliau selama 12 tahun dah...mesti byk pengalaman beliau...)..jom kita bc citer K.N...

credit to k.N


Selepas berjaya menyusukan dua anak saya dengan susuibu, dan setelah saya dapat lihat testimoni ibu2, memang benar apa yang si ibu makan , anak akan dapat melalui susuibu itu sendiri.

Bayi baru lahir
Masa saya melahirkan Addin dan Nasa , doktor menasihatkan jangan mengambil apa2 jamu selama 14 hari pertama kerana bayi akan dapat apa yang ibu makan. Maka untuk kurangkan risiko bayi kuning, maka ibu harus elakkan makan makanan yang panas seperti jamu, lada hitam, nenas, ikan duri dan beberapa lagi yang dikatakan boleh mengganggu perut bayi.

Nasihat bidan
Bidan kampung yang berumur 70 tahun yang menjaga saya dan Nasa sendiri mengingatkan saya agar jaga makan 6 bulan yang pertama. Kata beliau, disebabkan baby bergantung sepenuhnya dengan susuibu, si ibu diharap akan menjaga makanan...bukan tak boleh makan seperti buah durian atau apa sahaja yang panas tetapi makan dengan berpada-pada. Supaya anak tidak meragam dan penghasilan susuibu juga tidak terganggu.

Makan vitamin sebaik sahaja melahirkan.
Saya lahirkan dua-dua anak saya secara c-sec, alhamdulillah...cepat recover. Anak first walaupun fully GA, sedar aje saya boleh bangun dan minta nurse bukakan drip... sebab nak tengok baby dalam incubator terus ajak suami pergi tengok baby dalam ncubator. Doktor siap tanya, ni bangun terus jalan tak de rasa pening atau nak pitam ke? Saya jawab tak de. Saya sangat yakin saya cepat sihat sebab sebelum pembedahan, saya dah lengkapkan badan saya dengan ESP dan semua vitamin yang perlu.

Time Nasa lagi best, lepas habis jahit, saya masuk bilik dan terus dapat susukan Nasa ditambah saya hanya separa sedar masa pembedahan. Saya lebih yakin sebab dah ada pengalaman dengan anak pertama.

Selepas beberapa melahirkan, selera saya belum betul2 terbuka, maka pengambilan ESP sangat membantu saya bertenaga. Vitamin-vitamin lain saya amik selepas makan lunch or dinner sebab saya set vitamin ini bantu badan saya cepat recover.


Bukti dan testimoni.
Semasa menjayakan penyusuan Addin dan Nasa, ESP adalah supplement saya yang wajib ada. Sebab selepas amik ESP, susu saya memang senang bengkak. Ditambah bila bancuh ESP dengan susu segar dalam kotak.. selain itu alfalfa. Vitamin lain membantu mood saya baik, tidak mudah jatuh sakit....but for me it's only part of USAHA. The rest ALLAH yang memberi dengan rahmatNYA.
Berat Addin dan Nasa menjadi perhatian doktor dan ahli keluarga kami. Mana taknya, ibunya kecil tetapi mereka sangat besar. Dua beradik ini sebelum 6 bulan dah cecah 10kg berat. Namun selepas mereka mula aktif, berat mereka naik seperti bayi biasa. Mereka overshoot pada 6 bulan pertama jadi mereka tak de masalah underweight bila mereka mula aktif.



Apa yang saya lalui dengan penyusuan bersama Shaklee?
Pengambilan ESP buatkan saya senang kenyang...breast pun mudah bengkak....dan anak saya memang mudah kenyang. Vitamin B membantu saya mengawal tekanan, Vitamin C bantu saya tak mudah allergik [ saya ada allergik dengan makanan laut] Kalsium bantu saya supaya tak mudah sakit gigi dan anak pun cepat tumbuh giginya. Vitalea bantu saya tak mudah pitam dan anak membesar lebih baik apabila si ibu cukup zat besi. Alfalfa saya makan untuk bantu susu saya cepat buat dan kepentingannya sama seperti ESP.


Komposisi utama dalam susuibu ialah protien, kalsium dan vitamin serta zat lain. Maka apabila kita amalkan makanan yang kaya dengan protien, kalsium serta vitamin lain, memang anak sendiri mudah kenyang.

Bagi mereka yang cara hidupnya seimbang, mungkin memandang remeh dengan vitamin, tetapi ia hak individu. Tiada siapa pun berhak mengatakan ia perlu mahupun tidak perlu sebab setiap orang mempunya cara hidup, kekangan dan kekuatan yang berbeza.

Tetapi secara jujur, saya memang puashati atas pelaburan saya dan suami lakukan membeli vitamin ini untuk kami usaha ke arah kesihatan. Bagi yang belum pernah cuba dan ingin cuba, boleh call saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk ini.


Anak ibu.....
 
 
Teruja bila baca pengalaman k.Norita ni...anda pon ingin mencubanye???pm sy atau sms sy di 019-9142713..set percubaan ada disediakan dengan harga mampu milik...free gift + postage!!
Salam sayang Ibu Iman
 

No comments:

 
Full design and idea:jiakreatifelt.com