PROMOSI di bulan FEB 2013 : OMEGA GUARD SHAKLEE
Sempena promosi kali ini....saya pon nak share la beberapa perkara yg penting berkenaan omega ni...saya pasti ramai dikalangan kita yg dah tahu serba sedikit ttg Omega...bila sebut je Omega..mesti org jawab....Oooo....minyak ikan....=) Tapi, sejauh mana pengetahuan anda ttg minyak ikan ini?? Jika sblm ini anda pernah mengambil minyak ikan ini..adakah anda pasti / selidik / kaji berkenaan dengannya??
Ok...sblm kita study lebih terperinci...kita kena tahu dulu apa itu OMEGA-3 :
Omega-3 adalah nama yang diberikan kepada rantaian asid lemak politak-tepu yang panjang (yang mempuyai banyak ikatan). Asid lemak mempunyai minyak-minyak penting yg diperlukan untuk menjamin kesihatan kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkannya sendiri. Malah, ia juga boleh mengakibatkan kegagalan untuk berkembang, melainkan asid lemak ini hadir di dalam makanan yang diambil. Asid lemak boleh ditemui di dalam ikan. Kajian nutrisi telah membuktikan bahawa minyak ikan amat kaya dengan asid lemak Omega-3, asid lemak inilah yang melindungi ikan-ikan laut dalam kerana ia mempunyai takat beku yang rendah dan membantu memanaskan ikan ketika berada di lautan yang paling sejuk. Ikan-ikan semestinya mati kebekuan sekiranya ketiadaan lapisan lemak ini.
Apa pula KEPENTINGAN minyak ikan ini??
Asid lemak Omega-3 adalah asid lemak yang penting. Tubuh kita tidak dapat menghasilkannya dan kita boleh maut sekiranya tubuh tidak menerima Omega-3 untuk jangkamasa yang lama. Walaupun sebelum kita dilahirkan, kita telah menerimanya melalui tali pusat di dalam rahim. Sehinggalah beberapa bulan seterusnya kita terus menerima asid lemak ini melalui susu ibu.
Apa pula yang TERKANDUNG di dalamnya??
2 jenis komponen utama asid lemak Omega-3 ialah minyak yg diaktifkan secara biologikal - asid eicosopentaenoic (ERA) dan asid docosahexaenoic (DHA). ERA adalah penting di dalam mengurangkan risiko penyakit-penyakit kardiak dan peredaran, manakala DHA adalah struktur komponen yang penting untuk sistem saraf manusia. DHA juga amat penting untuk perkembangan otak dan mata terutamanya kepada ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak. Kajian telah menunjukkan bahawa DHA membantu meningkatkan kepintaran dan fungsi mental, la amat-amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran.
Fungsi Omega ini untuk badan kita ......
Kajian tentang fungsi dan kebaikan Omega-3 dan minyak ikan semakin pesat dijalankan semenjak semakin ramai yang sedar bahawa jumlah kematian masyarakat eskimo dan Jepun yg gemar memakan ikan adalah jauh lebih rendah berbanding masyarakat dunia yang lain. Ini adalah kerana minyak ikan mempunyai banyak khasiat. Lebih 10000 kajian saintifik telah diterbitkan di dalam Jurnal Perubatan Antarabangsa terkemuka seperti Jurnal Persatuan Perubatan Amerika (JAMA), Jurnal Perubatan British (BMJ), Lancet, Arkib Perubatan Dalaman, Kardiologi, Jurnal Perubatan New England dan Persatuan Jantung Amerika yang mendokumentasi khasiat-khasiat minyak ikan Omega-3.
Dan apakah yang membuatkan Minyak ikan itu begitu berharga??
Asid lemak Omega-3 mempunyai kanduangan kimia yg istimewa:
1. ia berupaya menarik molekul oksigen dengan berkesan kerana mempunyai struktur yang unik. Terma saintifik menerangkan keupayaan ini sebagai kecenderungan untuk menyebar. Ini membolehkannya mengangkut bahan-bahan seperti toksin ke atas permukaan kulit serta perkumuhan oleh usus, buah pinggang dan peparu.
2. asid lemak Omega-3 adalah sedikit beralkali, di mana ia berupaya menghasilkan ikatan lemak yang membolehkan berlakunya pergerakan sehala elektron, menyeberangi membran sel.
Saranan pengambilan harian Omega-3..
Saranan pengambilan harian asid lemak Omega-3 ialah 1.5 g, bersamaan pengambilan harian 100 g ikan atau 500 g kod ikan secara purata. Pusat Keselamatan Makanan dan Pemakanan Applikasi bagi US Food & Drug Administration (PDA) telah memberikan GRAS sebanyak 3.6g minyak ikan setiap hari [GRAS-Generally Regard As Safe]. Kami menyarankan pengamalan 1.2g-1.8g minyak ikan untuk meningkatkan penyerapannya di dalam tubuh anda. Tapi...adakah anda pasti anda akan dapat makan sebanyak ini setiap hari???Dengan pencemaran yang berleluasa sekarang ini, pastikah kita asid lemak dalam ikan yang kita mkn tuh 100% pure? Perlu diingatkan ye..Ikan mengandungi merkuri..jgn pula sebab nak dptkan 32 auns minyak ikan, tahap merkuri kita pon naik mencanak ..huhu itu mengundang bahaya namanya ye..
No comments:
Post a Comment