Showing posts with label osteoporasis. Show all posts
Showing posts with label osteoporasis. Show all posts

16 Mar 2013

Kenali tanda KEKURANGAN KALSIUM

"Kaki Susu?" atau tidak ... ketahui berapa pengambilan kalsium anda seharian & check tanda-tanda kekurangan KALSIUM anda ..
" Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerakbalas saraf, dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporasis. " 

Berapa banyak kalsium diperlukan?? Institut kesihatan Kebangsaan mengesyorkan 1000mg sehari bagi wanita dan 1500mg bagi wanita pasca putus haid. Kecuali anda seorang "kaki susu" serta cermat memakan, adalah sukar untuk memperolehi jumlah kalsium ini menerusi diet sehari-hari. Kebanyakan wanita menghadkan pengambilan susu dan keju kerana kalorinya... tetapi sebenarnya, pengambilan purata bagi wanita hari ini ialah kurang dari 600mg kalsium sehari, inilah sebab utama kita wanita dilanda wabak osteoporosis. 

Jom check jika anda ada tanda-tanda berikut.. Antara Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium: 

Otot & Saraf: 
Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki. 
Kejang otot 
Wheezing(pernafasan berdehit) 
Susah menelan 
Suara berubah akibat laryngospasm 


Saraf: 
Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti 
Letih 
Sawan 
Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal 

Jantung 
Sesak nafas 
Tanda-tanda lemah jantung...cepat penat 

Kulit 
Rambut kasar 
kuku rapuh 
Psoriasis (sakit kulit) 
Kulit kering 

Lagi Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium: 
Kekejangan atau kram otot 
sukar/susah nak tidur 
Perasaan berdebar2 
Eczema-penyakit kulit 
Rapuh kuku 
Sakit Sendi 
Tekanan darah tinggi 
Gigi reput 
Paras Kolestrol timggi 
Kebas-kebas kaki dan tangan 
Rheumatiod arthritis 
Rickets 

Mengikut kajian pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan magnesium. Penyerapan kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran magnesium. Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium. Pengambilan kalsium dan magnesium yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit batu karang.

15 Mar 2013

Kalsium kurang berkesan apabila.....

Assalamualaikum w.b.t...
Hari ini saya curi sikit masa untuk kita study tentang KALSIUM...mungkin kita tahu apa kepentingan kalsium..namun adakah kita tahu beberapa perkara yang menyebabkan kita kekurangan kalsium secara tidak sedar...jom baca statement kat bawah :


Kalsium  berkemungkinan kurang berkesan dan digunakan badan apabila

-diambil dengan zat besi atau minuman yang diformulakan dengan zat besi seperti milo
-pengambilan lemak yang berlebihan. Ia menghindarkan badan menggunakan kalsium malah kemungkinan akan dibuang melalui air kencing
-tidak aktif atau kurang bersenam. Badan yang tidak aktif mendorong kehilangan bahan kalsium
- stress akan menyebabkan kurang penyerapan kalsium serta meningkatkan pembuangan.
-kurangnya pengambilan protein dan karbohidrat.
-tiada magnesium. Sedangkan magnesium diperlukan kalsium untuk berfungsi dengan efektif.

Mengapa Ostematrix Shaklee berkesan?

-sebab ia diformulakan supaya mudah diserap tubuh.

Sumber kalsium datang dari pelbagai tapi kemungkinan sukar diserap bad n sebab tu walaupun kita mengamalkan minum susu mungkin keberkesanannya kurang dirasai. Mungkin juga dosnya tidak sampai dengan keperluan harian. 4 tablet Ostematrix Shaklee menyamai dengan keperluan kalsium seorang dewasa. Ostematrix Shaklee adalah terbaik kerana terbukti berkesan dan diformulakan dengan magnesium dan mudah diserap badan.

Fungsi kalsium:
1. Membina dan mengekalkan tulang dan gigi yang kuat
2. Memungkinkan pembekuan dalam darah
3. Mengeluarkan hormon dan enzim badan
4. Mengawal muscle contraction
5. Menstabilkan dan membantu penyerapan oleh sel
6. Membantu pengeluaran tenaga

Kebaikkan Ostematrix Shaklee ni termasuklah:
1.Untuk tulang dan gigi yang kuat.
2.Mencegah kekejangan otot (cramp).
3.Membantu dalam pembekuan darah.
4.Menstabilkan denyutan jantung.
5.Mengurangkan migrain.
6.Membaiki stimulasi urat saraf.
7.Mengurangkan risiko osteoprosis
8.Mengurangkan gejala period pain-kembung perut
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi : Fb Yati Md Zain | 0199142713 | id 867582

14 Mar 2013

Kenali Punca OSTEOPORASIS

Ramai orang suka makan makanan tinggi karbohidrat berbanding dengan makanan berlemak. Ini kerana orang ramai menerima pakai saranan golongan pemakanan konvensional secara bulat-bulat iaitu makanan berlemak tinggi kalori, mudah meningkatkan berat badan dan meningkatkan kolesterol.

Hakikatnya ramai yang tidak tahu bahawa lemak jenis sihat membantu menjaga kesihatan dengan mencegah pembentukan keadaan kesihatan (health condition) negatif, memperlahankan kadar perkembangan penyakit tertentu dan menyembuhkan penyakit.
Kerana bimbang lemak tepu konon menimbulkan penyakit koronari maka ramai yang minum susu rendah lemak. Padahal susu penuh krim hanya mengandungi 4 peratus lemak. Ramai yang gemar membeli yogurt dengan kandungan lemak sifar (‘0’ peratus). Mereka memuji teknologi kerana berjaya mencipta yogurt yang bukan berasaskan lemak.

Ramai yang tidak suka makan makanan bersantan tetapi suka makan mentega tiruan berasaskan campuran minyak sayuran terhidrogenasi dan mentega susu asli.
Sebahagian orang meninggalkan makan telur kuning dengan alasan kerana kandungan kolesterol tinggi. Tidak kurang pula yang menjauhi makan ghee (minyak sapi tulen) atau mentega susu tulen. Mereka tidak tahu bahawa lemak yang menyihatkan ini membantu tubuh menyerap nutrien tidak larut air serta mengharmonikan fisiologi (fungsi organ sistem).


Lemak tepu memiliki struktur dan sifat kimia yang berbeza dari lemak tidak tepu. Lemak tepu tidak mempunyai ikatan ganda dua. Jadi ia memiliki tahap berasap (smoke point) yang tinggi dan tidak mudah rosak apabila dipanaskan berbanding dengan lemak tidak tepu yang memiliki ikatan ganda dua. Minyak sayuran kategori lemak poli tidak tepu seperti jagung, bunga matahari, safflower dan kacang soya mudah rosak ketika dipanaskan.

Radikal bebas dalam tubuh tidak mudah merosakkan lemak tepu kerana ia tidak memiliki ikatan ganda dua. Lemak poli tidak tepu merujuk kepada lemak yang mempunyai dua atau lebih (dari dua) ikatan ganda dua.

Ketidakseimbangan hormon

Doktor mencadangkan golongan berusia 40-an ke atas agar perlu lebih berhati-hati dengan pengambilan lemak terutama lemak tepu. Golongan perubatan moden sentiasa mengaitkan lemak tepu dengan peningkatan kolesterol darah dan seterusnya peningkatan risiko penyakit jantung koronari.


Maka tidak hairanlah mengapa warga tua yang taksub kepada cadangan golongan perubatan moden agar mengurangkan pengambilan lemak mudah mengalami osteoporosis atau osteoporosis yang dalami semakin parah!

Osteoporosis lebih mudah dialami golongan wanita berbanding lelaki kerana wanita dikatakan mengalami ketidakseimbangan hormon estrogen dan progesteron.
Isi kelapa segar mengandungi fitosterol. Fitosterol ini dipercayai bertindak secara biokimia dalam tubuh wanita sama sepertimana tindakan pregnenolone. Dalam tubuh pregnenolone ialah bahan kimia pemula (precursor) kepada hormon lelaki dan wanita.

Oleh sebab fitosterol biasanya larut lemak maka santan dan minyak kelapa berkemungkinan besar mengandungi bahan ini.

Wanita di ambang menopaus atau yang telah mengalami menopaus boleh cuba mengambil santan dan minyak kelapa bagi membantu memperlahankan proses osteoporosis atau merawat osteoporosis.

Pertama kerana santan dan minyak kelapa membantu menyerap Kalsium dan Magnesium. Kedua kerana santan dan minyak kelapa berkemungkinan mengandungi fitosterol yang meniru sifat biokimia pregnenolone.

Golongan penyelidik dari Purdue University diketuai oleh Watkins BA melaporkan di ACOS Proceedings, Indiana (1996) dengan artikel berjudul Importance of Vitamin E in Bone Formation and in Chondrocyte Function mendapati asid linoleik yang rosak akibat serangan radikal bebas mengganggu proses pembinaan tulang.

Asid linoleik memiliki dua ikatan ganda dua dan digunakan sebagai penanda bahawa sesuatu jenis minyak adalah dalam kategori lemak poli tidak tepu. Minyak-minyak sayuran termasuk minyak jagung, bunga matahari, soya dan saffower adalah kategori lemak poli tidak tepu kerana ia mempunyai paras asid linoleik yang tinggi.

Watkins BA dan rakan mendapati aras vitamin E yang tinggi dalam minyak omega-6 menjaga sejenis mekanisme dalam pembinaan tulang dari gangguan radikal bebas. Mekanisme yang dimaksudkan ialah proses melibatkan penyimpanan Kalsium. Pada masa sama para penyelidik mendapati lemak tepu juga berupaya mencegah mekanisme tersebut daripada serangan radikal bebas sepertimana vitamin E.

Nilai nutrien

Untuk pengetahuan anda minyak sekam beras (rice bran oil) ialah sejenis minyak poli tidak tepu. Namun kandungan sejenis vitamin E di dalamnya dikenali sebagai gamma orezanol dipercayai menyebabkan ia tidak mudah rosak apabila dipanaskan.

Thailand adalah pengeluar terbesar minyak ini dan ia telah mula digunakan kebanyakan restoran terkemuka di Amerika Syarikat secara meluas.

Pemakan sayur-sayuran mudah mengalami osteoporosis terutama mereka yang menghindari daripada mengambil makanan berlemak sama ada lemak haiwan atau sayuran. Ramai yang tidak tahu bahawa lemak yang sihat iaitu lemak tepu diperlukan tubuh bagi menyerap kalsium dan magnesium di samping menyerap logam berat.

Osteoporosis menjadi lebih buruk apabila penghidap sering minum air bertapis menggunakan proses osmosis songsang. Bukan sahaja bebas daripada sebarang jenis mineral, malah pengambilannya secara berpanjangan dipercayai menarik keluar mineral asas untuk kekukuhan tulang seperti magnesium.

Pengambilan garam biasa juga dipercayai memburukkan osteoporosis. Ramai orang tidak tahu bahawa garam biasa kurang atau langsung tidak mengandungi mineral kelumit.

Mineral kelumit seperti yang terdapat dalam garam laut asli atau garam gunung purba dipercayai membantu menstabilkan paras pelbagai jenis mineral yang diperlukan tubuh.

Pengambilan gula, kopi dan alkohol secara berlebihan dikaitkan dengan risiko osteoporosis. Gula putih ialah sejenis pemanis yang tidak memiliki nilai nutrien yang sempurna. Pemprosesan menyebabkan ia tidak mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan untuk pertumbuhan tulang.
Sering makan ubat-ubatan moden, stres kronik berpanjangan, kuat merokok, makan berlebihan, makanan tinggi karbohidrat terproses juga mempercepat pereputan tulang. Kesemua faktor yang disebutkan mengurangkan Magnesium dari tubuh. Kesan akhir daripada ketidakseimbangan nisbah Kalsium-Magnesium ialah pereputan tulang.
sumber sinar harian
Kenapa Shaklee Osteomatrix pilihan saya?

... kerana Ostematrix ni lengkap dgn unsur Kalsium, Magnesium, dan Vitamin D. Vitamin D dalamnya penting utk memastikan penyerapan kalsium dalam darah dengan lebih efektif. Makan 4biji sebelum tidur, esoknya bangun pagi cergas ceria, membuang memang mudah.. Alhamdulillah..
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi : Fb Yati Md Zain | 0199142713 | id 867582

 
Full design and idea:jiakreatifelt.com