Showing posts with label Vitamin C. Show all posts
Showing posts with label Vitamin C. Show all posts

14 Dec 2012

Vitamin EKSLUSIF untuk PEROKOK


Tahukah anda,perokok akan kehilangan vitamin penting seperti vitamin B, Vitamin C, D dan E  Jika anda seorang perokok, adalah PERLU untuk melindungi badan anda sebanyak mungkin daripada kesan-kesan negative akibat merokok. Vitamin-vitamin penting seperti vitamin B, vitamin C, D dan E akan ’hilang’ dengan merokok. Vitamin ini mengawal fungsi badan yang penting dan membantu mencegah perkembangan penyakit.

Kenapa perlunya Vitamin C untuk perokok?


Oksida di dalam asap rokok mempercepatkan metabolisme vitamin C, menyebabkan bekalan vitamin ini menjadi berkurangan. Pengambilan tambahan Vitamin C boleh mengembalikan tahap Vitamin C pada darah perokok kepada normal. Penyelidik di Hospital Veterans Pentadbiran di Pennsylvania mendapati bahawa tahap normal vitamin C boleh melindungi perokok tegar dari keracunan darah. Kerana vitamin C juga membantu mengawal jumlah kolesterol  di dalam darah, kekurangan Vitamin C boleh merosakkan keupayaan badan untuk menukar kolesterol ke hempedu. Kolesterol kemudian berkumpul dalam aliran darah, ’berkumpul’ di dalam arteri dan boleh menyebabkan aterosklerosis. 

Pengambilan tambahan Vitamin C juga membantu melindungi tahap plasma darah dan fungsi vitamin E, antioksidan kepada badan. Bruce Ames, Ph.D., pengarah Institut Alam Sekitar Pusat Sains Kesihatan Kebangsaan di Universiti California, Berkeley mendapati bahawa perokok tidak makan makanan yang cukup kaya dengan vitamin C. Menurut Dr. Ames, perokok perlu menelan dua atau tiga kali dos harian vitamin C yang disyorkan untuk bukan perokok.

Kenapa perlunya Vitamin E untuk perokok?


Pada tahun 2005, kajian oleh Institut Linus Pauling yang disiarkan dalam "American Journal of Clinical Nutrition," menunjukkan bahawa tahap Vitamin E pada plasma darah  berkurangan dan hilang dengan lebih cepat dalam perokok berbanding bukan perokok. Kerana tahap vitamin E yang rendah, ia tidak memberi perlindungan yang mencukupi terhadap radikal bebas, ini mungkin salah satu sebab-sebab mengapa orang yang merokok boleh  mendapat kanser.

Kenapa perlunya Vitamin D untuk perokok?


Kajian menunjukkan bahawa orang yang merokok boleh menjejaskan metabolisme vitamin D dan kalsium seterusnya meningkatkan risiko osteoporosis.Vitamin D membantu untuk mengawal kalsium dalam badan anda dan membantu mengekalkan kepadatan tulang. Vitamin D boleh membantu perokok melambatkan kadar kehilangan kepadatan tulang.

Kenapa perlunya Vitamin B untuk perokok?

Perokok mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat kanser paru-paru dan pankreas berbanding dengan bukan perokok, namun risiko ini boleh dikurangkan dengan mendapat vitamin B yang mencukupi. Rachael Stolzenberg-Solomon, Ph.D., di Institut Kanser Kebangsaan di Bethesda, Maryland, mendapati bahawa tahap vitamin B folat adalah lebih rendah pada pesakit yang menghidap barah pankreas. Asid folik, amat penting untuk paru-paru, juga boleh membantu mengurangkan simptom bronkitis pada perokok.  


 Hubungi 0199142713 atau Fb Yati Md Zain | Id 867582 untuk harga istimewa.

credit untuk  Hafsah Mardhiah

** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Keistimewaan VITAMIN C Shaklee

Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara.

Sustained Release Vita-C mengandungi:

  • Kandungan Vitamin C yang tinggi.
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
  • Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah *

17 Sept 2012

VITAMIN C ANTIOKSIDAN UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN KULIT



Vitamin C telah digunakan sejak tahun 40'an bertujuan menyembuhkan penyakit kulit, proses penuaan adalah disebabkan oleh radikal bebas dan faktor usia, akibat dari tindak balas radikal bebas tersebut menjadikan kulit kita rosak,kusam,berkedut-kedut serta muncul pigment-pigment hitam pada kulit.

Fungsi vitamin C adalah sebagai bahan antioksidan untuk melawan radikal bebas didalam badan kita. 

Vitamin C juga meningkatkan daya ketahanan dalam tubuh kita serta mempercepatkan proses pemyembuhan sekali gus meningkatkan jaringan kult menjadikan kult awet muda. Vitamin C dgn fungsi antioksidannya berperanan meremajakan kulit, mencegah penuaan akibat serangan radikal bebas serta menghalang sinaran matahari yg bole menimbulkan gangguan kulit.proses terakhirnya menjadikan kulit lebih sihat,cantik,bersih,bersinar dan cerah.

1)Vitamin C adalah sebatian organik yang diperlukan didalam tubuh setiap hari, vitamin c dapat menguatkan keupayaan tubuh kita menyembuhkan penyakit.

2)Kekurangan vitamin C menyebabkan collagen yang c lemah dah tidak sihat, menyebabkan pemulihan kulit yang lambat. kekurangan yang berpanjangan akan menyebabkan skurvi, badan kita memerlukan vitamin C yang cukup untuk kekal sihat dan cantik.

3)Tubuh kita tidak boleh menghasilkan atau membina vitamin C dengan sendirinya.

4)Vitamin C adalah sebatian yang larut air, apabila berlebihan dengan mudah dikeluarkan daripada tubuh.

5)Vitamin C mudah musnah dibawah haba, sinaran ultra ungu,aditif makanan,bahan kimia pertanian dan mudah dioksidakan jika terdedah pada udara. kebanyakkan vitamin c didalam makanan kita sudah musnah sebelum makanan dimakan disebabkan dimasak terlalu lama, disimpan terlalu lama juga terdedah pada udara.

MANAFAAT VITAMIN C

1)Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.

2)Menghalang SKURVI. (SKURVI=Penyakit yg disebabkan kekurangan Vitamin C dlm makanan, ditandai oleh gusi bengkak dan berdarah, pendarahan dibawah kulit, dll)

3)Mempertingkatkan sistem pertahanan badan.

4)Memguatkan dinding salur darah.

5)Menolong pembentukan tisu gentian.

6)Membantu pembentukan kartilej, tulang dan gigi yang sihat.

6)Mengurangkan kedut pada kulit

7)Membaiki parut pada kulit.

8)Mencegah penurunan payudara dan buttock

9)Menjadikan kulit lebih cerah

10)Menghilangkan jerawat dan pigmentasi.

11)Menjaga kesihatan otot dan mencantikkan/menghaluskan kulit.

12)Membantu penghasilan collagen dimana collagen dapat meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit.

13)Melambatkan proses penuaan dan menghaluskan pori-pori pada kulit.

Untuk maklumat lanjut...pm Yati Md Zain @ sms 0199142713..no.ID 867582

3 Jun 2012

Vitamin yang Perlu vs Tak Perlu semasa Hamil

Apabila seseorang wanita itu disahkan mengandung, doktor akan memberikan wanita itu beberapa jenis supplement. Supplement amat penting bagi memastikan ibu hamil serta kandungannya memperolehi cukup zat dan nutrien yang diperlukan. Namun bagi ibu mengandung anda perlu tahu bahawa hanya ada beberapa vitamin yang disarankan diambil semasa mengandung demi memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan sihat dan cukup zat.

VITAMIN YANG PERLU

Vitamin yang perlu diambil oleh ibu yang mengandung adalah seperti :-
  • Protien
  • Multivitamin yang lengkap dengan zat besi
  • Vitamin B-Complex yang lengkap dengan folic acid
  • Vitamin C
  • Kalsium
  • Omega

FUNGSI VITAMIN

Secara ringkasnya kepentingan vitamin tersebut adalah :-
  • Protien : untuk bina sel. Sel terbina dari protien. Tanpa protien, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.
  • Multivitamin dengan zat besi : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.
  • B-Complex : penting untuk pembinaan sel darah, sarah dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.
  • Vitamin C : pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi.
  • Kalsium : pembinaan sel darah merah serta tulang bayi.
  • Omega : membantu pembentukan sel otak. Pengambilan hanya dibenarkan selepas bulan ke-4 kehamilan (trimester ke-2).

VITAMIN YANG DILARANG

Namun ada beberapa vitamin yang tak disarankan diambil semasa mengandung ialah antaranya:-
  • Vitamin E
  • Alfalfa
  • GLA
  • Vivix
  • Cinch
kecuali atas saranan doktor sendiri.

Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

Maka sebelum anda membeli apa jua vitamin, pastikan konsultasi diberikan agar pengambilan vitamin memberi kesan kesihatan yang optimum.


keterangan lanjut | sms 0199142713 | pm Yati Md Zain | juga terdapat dalam mini pack serendah rm75 (FREE GIFT + FREE CONSULTATION + FREE POSTAGE)..
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

21 Jan 2012

Tension???Stress???anda perlukan ini....

Sesungguhnya vitamin c dan b complex adalah vitamin yang larut air. kedua-dua vitamin ini dalam kategori fragile atau erti kata lain mudah musnah akibat banyak faktor antaranya, stress. Stress boleh memusnahkan vitamin c dan b complex dalam tubuh kita. Asap rokok dan kenderaan juga boleh menyebabkan kemusnahan vitamin ini. Terdedah kepada matahari juga menyebabkan kerosakan kepada kedua-dua vitamin ini dalam tubuh manusia.
Mereka yang kurang keyakinan diri, mudah letih, mudah marah, sensitif adalah golongan yang sangat kurang vitamin c dan b complex.

Seperti yang kita semua sedia maklum, vitamin c sangat penting bagi tubuh kita terutama dalam melawan penyakit kerana ia merupakan salah satu vitamin yang dikenali sebagai antioksidan. Ianya dikatakan dapat membantu meningkatkan immune system badan kita. Bagi ibu yang cukup vitamin C, insyaAllah anak susuannya akan kurang mendapat jangkitan batuk mahupun selsema dari pembawa penyakit tersebut.
 
VITAMIN C SANGAT RAPUH (FRAGILE)

1. Vitamin C larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti –malah setiap hari.

2. Vitamin C mudah dimusnahkan oleh pencemaran udara & air. Contohnya merokok sekotak boleh membakar 500 mg Vit C.

3. Mudah musnah kerana stress (tekanan ) - physikal dan mental.

4. Vitamin C mudah teroksida oleh oksigen. Contoh makanan pemotongan sayur-sayuran, buah-buahan yg terdedah terlalu lama sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan Vit.C. Contoh lain ialah cara memasak yang terlalu lama atau dengan suhu yang tinggi.

Faktor-faktor lain…. Pemilihan makanan, penyusuan anak, umur, aktiviti dan penyakit juga memainkan peranan dalam pengambilan b complex dan vitamin C dalam diet seharian.
Last but not least: Satu soalan cepu emas dari seorang doctor….

Kalau anda begitu berhati-hati bila sakit , kenapa tidak anda berhati-hati ketika sihat-supaya anda tidak jatuh sakit?


credit


Nak try??pm sy 019-9142713..fb: Yati Md Zain

Keistimewaan Vitamin C


Vitamin C

Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu?

Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.

Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.

Dr Norman Mohd Norawi dalam artikelnya menyenaraikan beberapa kesan sampingan dari pengambilan vitamin C pada dos yang tinggi.

Diarrhoea – hanya jika dos terlalu tinggi diambil melalui mulut

Suntikan – sakit dan pedih pada tempat suntikan jika disuntik tidak dalam saluran

Namun, beliau menegaskan, secara amnya vitamin C yang diambil tidak memberi kesan sampingan yang buruk walaupun pada dos yang tinggi, malahan terdapat banyak kajian yang dijalankan oleh para saintis yang menunjukkan vitamin c pada dos yang lebih tinggi tidak merbahaya dan baik untuk kesihatan.


Pesanan buat pengguna Shaklee, perasankah anda pada botol Vitamin C ada tertulis Sustained Released. Ini bermakna kandungan 500mg per tablet dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut keperluan badan. Namun, jika demam atau selsema, adalah dinasihatkan agar mengambil 2 biji vitamin C untuk pagi dan malam dan dipatah dua sebelum dimakan. Mengapa perlu di patah dua? Ianya untuk memastikan vitamin C merembeskan kesemua 500mg. Ini kerana semasa sakit, badan memerlukan vitamin C pada kadar yang lebih tinggi dari biasa.


Akhir kata renungi kata-kata ini "The patient should be made to understand that he or she must take charge of his own life. Don't take your body to the doctor as if he were a repair shop." - Quentin Regestein


credit


Hubungi saya 019-9142713 @fb : Yati Md Zain

Kenapa vitamin C perlu dipatah dua jika demam dan selsema?


Perasankah anda di botol vitamin C 500mg Shaklee tertulis perkataan Sustained released? Ini bermaksud vitamin C Shaklee sebiji mengandungi 500mg vitamin C dan ianya dirembeskan secara perlahan-lahan dalam badan mengikut keperluan badan kita tadi. Ini sangat bagus kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi.


Namun apabila kita demam dan selsema, ibu akan advise amik sebanyak dua biji vitamin C iaitu sebiji waktu pagi dan sebiji lagi waktu malam. Selain itu ibu akan advise agar vitamin C itu dipatah dua sebelum ditelan. Untuk apa ya? Ianya untuk memastikan vitamin C itu merembeskan kesemuanya vitamin C 500mg. Ini kerana semasa kita sakit badan kita memerlukan vitamin C pada kadar yang lebih tinggi dari biasa.

Maka ibu harap agar lebih ramai kita yang sedar tentang kepentingan vitamin dalam kehidupan seharian.


Salam sayang Ibu Iman
 
Full design and idea:jiakreatifelt.com