16 Mar 2013

Kenali tanda KEKURANGAN KALSIUM

"Kaki Susu?" atau tidak ... ketahui berapa pengambilan kalsium anda seharian & check tanda-tanda kekurangan KALSIUM anda ..
" Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerakbalas saraf, dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporasis. " 

Berapa banyak kalsium diperlukan?? Institut kesihatan Kebangsaan mengesyorkan 1000mg sehari bagi wanita dan 1500mg bagi wanita pasca putus haid. Kecuali anda seorang "kaki susu" serta cermat memakan, adalah sukar untuk memperolehi jumlah kalsium ini menerusi diet sehari-hari. Kebanyakan wanita menghadkan pengambilan susu dan keju kerana kalorinya... tetapi sebenarnya, pengambilan purata bagi wanita hari ini ialah kurang dari 600mg kalsium sehari, inilah sebab utama kita wanita dilanda wabak osteoporosis. 

Jom check jika anda ada tanda-tanda berikut.. Antara Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium: 

Otot & Saraf: 
Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki. 
Kejang otot 
Wheezing(pernafasan berdehit) 
Susah menelan 
Suara berubah akibat laryngospasm 


Saraf: 
Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti 
Letih 
Sawan 
Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal 

Jantung 
Sesak nafas 
Tanda-tanda lemah jantung...cepat penat 

Kulit 
Rambut kasar 
kuku rapuh 
Psoriasis (sakit kulit) 
Kulit kering 

Lagi Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium: 
Kekejangan atau kram otot 
sukar/susah nak tidur 
Perasaan berdebar2 
Eczema-penyakit kulit 
Rapuh kuku 
Sakit Sendi 
Tekanan darah tinggi 
Gigi reput 
Paras Kolestrol timggi 
Kebas-kebas kaki dan tangan 
Rheumatiod arthritis 
Rickets 

Mengikut kajian pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan magnesium. Penyerapan kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran magnesium. Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium. Pengambilan kalsium dan magnesium yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit batu karang.

No comments:

 
Full design and idea:jiakreatifelt.com