17 Feb 2013

Apa itu KOLESTEROL??

Ramai di kalangan kita yang tidak mengetahui apa sebenarnya kolesterol. Kolesterol sering disalahertikan dalam sebahagian diet harian kita. Kebanyakannya tahu bahawa mereka sepatutnya mengawal pengambilan makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi tetapi ramai diantaranya yang tidak mengetahui apa sebenarnya kolesterol itu. Berikut dihuraikan secara ringkas tentang kesan kolesterol di dalam badan.

Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah Manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil “chylomicron”.

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan “chylomicron” daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.



Kolestrol penyebab serangan jantung

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung apabila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil “atherosclerosis”.

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan “atherosclerosis”, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat yg akan menyebabkan strok dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).

Zarah kolesterol HDL menghalang proses “atherosclerosis” dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL.

Ubah corak pemakanan untuk menurunkan tahap kolesterol.

Kolesterol yang tinggi adalah sangat bahaya kepada badan manusia. Walaubagaimanapun, ia boleh dirawat. Pelbagai perubatan yang boleh membantu menurunkan kolesterol, tetapi salah satu langkah terbaik adalah dengan mengubah cara pemakanan harian kita. Dengan mengelak pengambilan makanan berasaskan haiwan, ia boleh mengurangkan tahap kolesterol di dalam badan bukan sahaja dengan mengurangkan kuantiti kolesterol tersebut malah mengurangkan kadar sintesis atau penghasilan kolesterol di dalam badan.
Mengurangkan pengambilan kalori atau tenaga harian sebanyak 7% dari makanan berasaskan lemak haiwan dan mengurangkan kadar pengambilan kolesterol sebanyak 200mg setiap hari.

Dicadangkan kepada mereka yang mengalami masalah kolesterol tinggi di dalam badan supaya mengurangkan pengambilan kalori atau tenaga harian sebanyak 7% dari makanan berasaskan lemak haiwan dan mengurangkan kadar pengambilan kolesterol sebanyak 200mg setiap hari. Nasihat lanjut perlu anda dapatkan dari doktor dan pakar untuk tindakan seterusnya.

Pemakanan untuk Turunkan Paras Kolesterol

Menurut Pakar Pemakanan Hospital Pusrawi, Nurul Farhanah Md Fozi, amalan pemakanan sihat dan seimbang dengan pengambilan hidangan lengkap bercirikan bijirin penuh berserat, jenis protein yang betul, sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi serat dan antioksidan yang tinggi serta lemak yang sihat mampu membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah. Antara saranannya adalah:

1. Makanan bijirin penuh dan tinggi serat
Makanan berserat kaya dengan serat larut yang dapat membantu menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) dari dalam tubuh. Serat ini berfungsi seperti span yang menyerap kolesterol dan membuangnya bersama pembuangan sisa perkumuhan seharian. Sejumlah 10 gram hingga 15 gram serat larut yang diambil setiap hari mencukupi untuk menurunkan kadar LDL. Serat larut boleh ditemui dalam pisang, kacang buncis, barli, epal, prun dan pear.
Oat mengandung beta-glukan, yang membantu menyingkirkan kolesterol jahat. Untuk mendapatkan hasil terbaik, kita boleh membiasakan diri dengan menggantikan sarapan oat setiap hari. Minum dua gelas susu bersama sekurang-kurangnya tiga sudu makan oat setiap hari dapat menurunkan paras kolesterol.

2. Ikan dan asid lemak poli-tidak tepu omega-3
Kita disarankan memakan hidangan protein jenis ikan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu. Asid lemak tidak tepu omega-3 yang terkandung dalam ikan ini dikatakan mampu menurunkan paras kolesterol dalam badan. Di samping itu, omega-3 juga boleh menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko pembekuan darah.

Antara jenis ikan yang tinggi kandungan asid lemak tidak tepu ini adalah ikan laut dalam iaitu tuna, salmon, cencaru, sardin dan kembung. Sebaik-baiknya ikan ini disediakan dengan cara masakan yang dibakar, dipanggang, ditumis, dimasak sup atau dikukus.

3. Kekacang badam, walnut, pistachio dan soya
Kajian menunjukkan sesetengah protein jenis kekacang mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah kerana mengandungi asid lemak tidak tepu yang tinggi. Asid lemak ini membantu menjadikan dinding pembuluh darah yang sihat dan bebas daripada pelekatan kolesterol.
Namun begitu, umumnya kekacang mengandungi kalori yang agak tinggi. Kajian menunjukkan pengambilan kacang jenis pistachio pada kadar 40 hingga 50 gram sudah cukup untuk memberikan kebaikan kepada jantung.
Tetapi awas kerana pengambilan secara berlebihan boleh mengakibatkan kegemukan sekali gus meningkatkan risiko serangan jantung. Sebaiknya, bersederhana dalam pengambilan jenis kekacang ini.
Makan atau minum soya sebanyak 20 hingga 30 gram setiap hari mampu mengurangi paras kolesterol. Ada banyak pilihan makanan yang berasaskan kacang soya seperti tauhu dan tempe.



4. Buah-buahan kaya antioksidan mengandungi vitamin A, C dan E
Buah-buahan sitrus masam seperti mangga, belimbing, oren, strawberi dan kiwimengandungi vitamin C yang tinggi serta berupaya mencegah pelekatan kolesterol dalam salur darah. Sayuran dan buah berwarna terang seperti brokoli, tomato, lada benggala, labu kuning, ubi, buah zaitun, avokado, betik, aprikot dan sayuran berdaun mempunyai kandungan antioksidan seperti beta karotina, vitamin A dan E.
Panduan penjagaan lemak dan kolesterol mestilah saling berkaitan dengan prinsip pemakanan sihat mengikut piramid makanan Malaysia.

Berikut antara cara yang boleh dilakukan untuk memastikan tahap penjagaan kolesterol dan lemak terkawal.
* Elakkan pengambilan lemak trans seperti makanan diproses dan hidrogenasi sepertikek, biskut, snek pastri, sosej, nuget, burger, donut dan makanan lain yang mengandungi kolesterol jahat LDL yang akan merendahkan kolesterol baik HDL. Sebaiknya, pilih makanan komersial terproses berlabel tiada lemak trans setiap kali anda membeli-belah di pasar raya.

* Kurangkan kekerapan pengambilan makanan tinggi kolesterol seperti organ dalaman haiwan (hati, limfa, jantung, pedal dan otak), makanan laut (ketam, sotong, udang dan segala jenis kerang) dan jenis daging merah.

* Kurangkan pengambilan telur kerana sebiji kuning telur ayam mengandungi kira-kira 275 hingga 300 miligram (mg) kolesterol manakala kuning telur itik mengandungi 375 mg kolesterol.

Justeru anda disarankan hanya mengambil dua biji kuning telur saja dalam seminggu. Sebaiknya, pilih telur ayam jenis rendah kolesterol.

* Pilih sapuan lemak jenis marjerin lembut yang mempunyai lemak tidak tepu seperti sapuan kanola atau lemak sayuran untuk sapuan pada roti. Sapuan mentega dihasilkan daripada sumber haiwan, maka ini boleh meningkatkan aras lemak dan kolesterol dalam darah.

* Tukar pengambilan susu penuh berkrim atau susu segar dengan susu rendah lemak atau susu skim. Gantikan juga santan dalam masakan kepada jenis susu ini.Krimer dan susu pekat manis yang sering digunakan dalam minuman seharian harus dihadkan pengambilannya kerana ia tinggi lemak tepu daripada minyak kelapa sawit yang boleh meningkatkan risiko salur darah tersumbat.

* Pilih kepelbagaian dalam makanan harian. Makanan bergoreng, berminyak dan bersantan perlu dihadkan pengambilannya dalam seminggu. Jadikan tabiat membuang lemak dan kulit pada daging ayam sebelum memasak. Seeloknya, gunakan sedikit minyak ketika memasak dan pelbagaikan jenis masakan rebus, panggang, kukus, rebus serta menggunakan ketuhar gelombang mikro selain menggoreng.

Apa yang boleh anda lakukan:
Seharusnya kalori atau tenaga yang dimakan harus sama dengan tenaga yang dibakar menerusi aktiviti harian. Ini bererti sekiranya kita makan 200 kalori makanan bermakna kita harus berlari sehingga hilang 200 kalori.
Lakukan aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh dan menggerakkan otot seperti berjoging, berbasikal, berenang atau melakukannya di gimnasium. Senaman juga mampu membuatkan badan berpeluh serta jantung berdegup kencang dan ini sangat baik untuk kesihatan badan.
credit

Omega Guard Shaklee...
Usah risau jika anda tidak mampu menjaga pemakanan anda sedemikian...kini, hanya dengan OMEGA GUARD SHAKLEE...anda mampu mengubahnya...

Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi : Fb Yati Md Zain | 0199142713 | id 867582

13 Feb 2013

Omega untuk Ibu Hamil

Penyelidikan saintifik sentiasa memperluaskan pengetahuan kita tentang keperluan pemakanan semasa kehamilan. Antara perkembangan terkini dalam bidang ini ialah kepentingan asid lemak omega 3 dalam perkembangan bayi dalam kandungan yang sihat dan kesihatan ibu hamil.

Apakah itu Acid Lemak Omega 3?

• Omega-3 adalah sebuah keluarga rantai panjang asid lemak poli tak tepu (polyunsaturated fatty acid) yang merupakan nutrien penting untuk kesihatan dan perkembangan badan. Malangnya, ini tidak disintesis oleh tubuh manusia dan mesti diperolehi dari diet, vitamin, suplemen atau makanan tambahan.

• Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua komponen utama asid lemak omega 3 yang paling bermanfaat adalah EPA (Eicosapentaenoic acid) dan DHA (asid docosahexaenoic). Kajian menunjukkan bahawa setiap asid lemak mempunyai manfaat yang unik. EPA penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. DHA membantu meningkatkan kepintaran otak, mata, dan sistem saraf utama iaitu penting untuk ibu mengandung, bayi dalam kandungan dan ibu yang sedang menyusu. Ia juga amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran.

Apakah kepentingan Omega 3 dan Apakah fungsinya?

• Pengambilan Omega 3 lemak yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan pengeluaran hormon yang seimbang seperti hormon prostaglandin. Prostaglandin membantu mengawal banyak fungsi fisiologi penting termasuk tekanan darah, pembekuan darah, penghantaran saraf, radang dan tindak balas alergi, fungsi buah pinggang dan saluran gastrousus dan pengeluaran hormon lain. Bergantung kepada jenis asid lemak dalam diet, jenis prostaglandin yang tertentu boleh dihasilkan dalam kuantiti yang besar. Ketidakseimbangan prostaglandin ini boleh membawa kepada penyakit.

• Peranan omega-3 dalam mengeluarkan prostaglandin yang bermanfaat mempunyai manfaat kesihatan yang begitu banyak, termasuk pencegahan penyakit jantung, meningkatkan fungsi kognitif dan pengawalan keradangan. Dos omega 3 yang tinggi digunakan untuk merawat dan mencegah gangguan emosi. Kajian baru mengenal pasti potensi kebaikan pengambilan omega 3 termasuk kanser, penyakit radang usus dan penyakit autoimun yang lain.

Mengapa Pengambilan Omega 3 Penting Terutamanya Semasa Mengandung?

• Omega 3 didapati penting untuk perkembangan sistem saraf otak dan awal penglihatan bayi. Kajian menunjukkan bahawa ibu mengandung didapati kesusutan omega 3 dalam badan jika pengambilan omega 3 yang kurang dalam pemakanan akibat janin menggunakan omega 3 untuk perkembangan sistem saraf otak. Omega 3 juga digunakan selepas bersalin untuk membuat susu ibu yang penting untuk perkembangan bayi. Kajian telah mengesahkan bahawa pengambilan tambahan EPA dan DHA kepada diet seorang ibu hamil mempunyai kesan positif ke atas pembangunan penglihatan dan kognitif bayi. Kajian juga telah menunjukkan bahawa penggunaan omega 3 yang lebih tinggi boleh mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi.

• Asid lemak omega 3 mempunyai kesan positif ke atas kehamilan. Peningkatan pengambilan EPA dan DHA boleh mencegah kelahiran pramatang, mengurangkan risiko pre-eklampsia dan boleh meningkatkan berat kelahiran bayi. Kekurangan pengambilan omega 3 juga meningkatkan risiko kemurungan ibu mengandung. Ini dapat menjelaskan mengapa gangguan emosi selepas lahir mungkin menjadi lebih buruk dan mula lebih awal untuk kehamilan berikutnya.


Apakah Makanan Yang Mengandungi Omega-3 (EPA + DHA)?

• Sumber EPA dan DHA adalah ikan air sejuk seperti salmon, tuna, sardin, ikan bilis dan ikan hering. Ramai orang risau tentang kehadiran merkuri dan toksin lain dalam ikan, terutamanya semasa mengandung. Atas sebab ini, sumber minyak ikan EPA dan DHA dari vitamin ataupun suplemen adalah paling selamat. Minyak ikan yang berkualiti tinggi daripada pengilang yang mempunyai reputasi yang baik memberikan manfaat kesihatan EPA dan DHA tambahan tanpa risiko ketoksinan.

• Ramai orang berfikir bahawa flaxseed dan / atau minyak flaxseed mengandungi omega 3. Tetapi flaxseed mengandungi rantai pendek omega 3, ALA (asid alfa-linolenik), yang berbeza dari EPA dan DHA yang mengandungi rantai panjang omega 3. EPA dan DHA Omega 3 memberi keperluan badan untuk pembangunan kesihatan yang optimum. Walaupun ia pernah berfikir bahawa badan manusia boleh menukar ALA kepada EPA dan DHA, penyelidikan terkini menunjukkan bahawa pertukaran tersebut jarang berlaku. Minyak ikan merupakan sumber EPA dan DHA yang lebih dipercayai.

Adakah Selamat Untuk Mengambil Minyak Ikan Semasa Mengandung?

• Pengambilan kualiti minyak ikan yang tinggi adalah selamat semasa mengandung. Ikan segar (yang dimakan) sering boleh mengandungi toksin seperti merkuri. Bahan toksin ini boleh disingkir semasa pembuatan dan pemprosesan minyak ikan, dengan penggunaan bahan mentah yang berkualiti dan proses penapisan yang maju.

• Sesetengah jenama minyak ikan adalah kualiti yang lebih tinggi daripada yang lain. Pengeluar minyak ikan bereputasi tinggi boleh menyediakan dokumen keputusan makmal pihak ketiga yang menunjukkan tahap ketulenan minyak ikan mereka.

Apakah Yang Anda Harus Perhatikan Semasa Membeli Minyak Ikan?

Menyiasat proses pembuatan --- Bagaimana minyak ikan dihasilkan dan apakah standard kualiti bahawa pengilang menggunakan? Semua produk mengandungi minyak ikan di negara ini yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah diuji keselamatan dan kualitinya dan dibuat berdasarkan Amalan Pengilangan Baik (GMP).

Bau --- Adakah minyak ikan bau hanyir? Kajian menunjukkan bahawa minyak ikan hanya bau yang tidak menyenangkan apabila minyak telah mula merosot dan menjadi tengik. Tambahan, minyak ikan yang berkualiti tinggi tidak akan berbau hanyir.

Rasa --- Adakah minyak ikan rasa hanyir? Minyak ikan yang segar dan berkualiti tinggi tidak rasa hanyir. Elakkan minyak ikan yang mempunyai rasa kuat atau mengandungi rasa tiruan yang paling mungkin cuba menyembunyikan rasa hanyir minyak tengik.

Berapakah Minyak Ikan Yang Perlu Diambil Oleh Ibu Mengandung?

ISSFAL (Persatuan Antarabangsa bagi Kajian Asid Lemak dan Lipid) telah menubuhkan carta dos minimum yang berikut yang disyorkan:
• Bayi (1-18 bulan): 0-15 lbs: 32 mg / lb EPA + DHA
• Kanak-kanak (1,5-15 yrs): 15 mg / lb EPA + DHA
• Dewasa (15-115 yrs): 500 mg EPA + DHA (Dengan sekurang-kurangnya 220 mg EPA dan 220 mg DHA)
• Wanita mengandung dan menyusu: 300 mg DHA setiap hari



-----------------------------------------------
Jika saya..saya pilih Omega Guard Shaklee....satu tindakan yang BIJAK..kerana Shaklee hanya menggunakan ikan2 yg kecil (dr rantai makanan = utk elak byk toksin ) dan akan dibuat penulenan secara 3 tapisan..tiada bau hanyir dan tinggi kandungan DHA n EPA nya...dan semestinya ia HALAL!! 

Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi : Fb Yati Md Zain | 0199142713 | id 867582

10 Feb 2013

Kepentingan Omega utk kanak2

Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protein, fiber, mineral, dan vitamin.Terdapat beberapa jenis lemak yang perlu di ambil oleh kanak-kanak demi pembentukan minda dan fizikal yang optimum. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, si kecil memerlukan kandungan lemak seperti linoleik asid dan alpha - linolenik asid yang juga dikenali sebagai asid lemak perlu. Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu diambil dari makanan. Hal ini kerana, badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri. Kedua-dua kandungan ini boleh di dapati daripada lemak sayuran serta produk tenusu seperti susu. Alpha - linolenik asid akan ditukarkan kepada Omega - 3 yang juga amat penting dalam membantu otak kita berfungsi secara normal.



Selain itu, contoh Omega – 3 yang lain ialah seperti EPA (Eicosapentanoic asid) dan DHA (Docosahexanoic asid). Jika dilihat pada label pemakanan, kita akan lebih mudah mendapati kandungan DHA terutamanya pada produk susu kanak-kanak. Hal ini kerana kandungan berkenaan amat penting dalam pembentukan otak kanak-kanak.

Omega - 3 dan 6 juga turut menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Antara salah satu bahan yang terdapat di dalam kumpulan eicosanoids adalah prostaglandins. Prostaglandins adalah bahan yang amat penting kepada badan manusia. 

Di dalam buku “Omega 3 oils – A practical guide” turut menyediakan maklumat penting mengenai peranan prostaglandins antaranya seperti:

Sistem imun badan –terutamanya di dalam tindak balas alergik.
Sistem pencernaan – mengawalatur sistem pencernaan perut.
Membaik pulih sel – pembentukan sel-sel baru.
Suhu badan – Memastikan suhu badan manusia normal.
Tekanan bendalir – pada bahagian mata dan telinga.

sumber: here

Kesimpulanya, utk perkembangan kanak2 yg optimum, ibu bapa perlu menggalakkan anak2 mengambil makanan dari pelbagai sumber makanan demi mendapat khasiat yang seimbang. Cth makanan yg kaya dgn Omega 3 adalah minyak soya, ikan jenis laut dalam, minyak ikan kod, telur ayam (kaya dgn omega 3), kekacang.. Akan tetapi, masalah kekurangan Omega 3 dlm diet harian boleh dibantu dgn pengambilan supplemen Omega yg lengkap dgn DHA dan EPA



Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal

OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*
sumber: Shaklee website

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

9 Feb 2013

HOT!!!!! BAKAR LEMAK dgn OMEGA GUARD

Wooowww!!! Bukan main lagi bila dengar OMEGA GUARD dapat BAKAR segala LEMAK DEGIL dalam badan kita....huh....memang sah2 kena rembat time promo nie!! Apa bukti yang Omega nie boleh berbuat sedemikian?? ce baca fakta kat bawah....=)


------------------------------------------------------
Omega-3 fats

Omega-3 fats help you burn fat by helping your body respond better to a hormone called Leptin (Leptin is the Greek word for thin)
Leptin tells your body (your brain) to suppress your appetite making you eat less so you can maintain or lose weight
Leptin increases your metabolism by increasing your thyroid output (your thyroid regulates your metabolism)
Leptin also causes your body to burn fat for energy so
If your body isn't responding well to Leptin then the reverse happens - You'll be hungrier, and you'll store more fat so… You can take Omega-3 fats to help your body respond much better to Leptin so you can increase your fat-burning metabolism and
Omega-3 fats are found in salmon, flaxseeds, nuts, Omega-3 supplements and these other 79 foods sources of Omega-3 fats and…

3 more ways Omega-3 fats help you lose weight is…
  • Omega-3 fats help you control your hunger by stabilizing your blood sugar levels 
  • An Australian study showed that when people took Omega-3 fats while on an exercise program burned more fat than people who Only Exercised (without taking Omega-3 fats) and people who exercised & took other types of fat and…
  • Studies done in Japan & The Czech republic suggest that Omega-3 fats prevent the creation of ugly body fat and these same studies suggested Omega-3 fats promote more fat burning.
----------------------------------------------------
Buat ibu-ibu yang rajin mengambil Omega dalam memastikan DHA susu ibu dapat dibekalkan dengan baik ia juga membantu menigkatkan kolestrol baik HDL dalam badan. Maka secara tidak langsung ia membantu membakar lemak.

Antara lecithin dan Omega mana lebih baik? Bak cerita dari upline saya Analogi mahu ke Kuantan kita boleh memilih antara membawa kereta atau menaiki kapal terbang. Naik kapal terbang memang lebih cepat tetapi kosnya juga lebih mahal dan kalo menaiki kereta mungkin lebih lambat namun kosnya juga lebih ringan.

Ini antara testimonial Customer Puan Norita Idris

"Alhamdulillah, saya dah dapat bentuk badan spt before. Sangat happy la kak! Omega tu rasanya lagi bagus dari Lecithin. Berbaloi la walau mahal tapi result dia superb! Lecithin slow pada saya. Nasib akak suggest omega dan herblax...memang cepat la slim! Suka!!!! Saya kurangkan lecitin cuma maintan alfalfa mcm akak ajarkan. Anyway! Thank you so much akak! Saya na order lg dua botol omega tau! Suami pulak nak!" 

Tetapi adalah ditekankan disini, bahawa pengambilan air yang banyakkkkkkkk dan serat adalah sangat penting. untuk memastikan penurunan berat badan yang effectif.

Jika anda tanya saya does it works?? Huhu :) at least saya dah boleh muat baju lame walaupun belum longgar seperti sebelumnya at least dah boleh button. Dulu langsung takleh tutup. So saya memang akan meneruskan diet yang disarankan cara shaklee :)

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
credit to Mommy Razim

OMEGA GUARD SHAKLEE : Untuk Siapa??


Anda perlukan OmegaGuard sekiranya :
~ Ada penyakit asma dan lelah kerana Omega berperanan mengelakkan kesejukkan.
~ Ingin menurunkan berat badan kerana Omega menggalakkan pembakaran lemak dan mengelakkan
pembentukan lemak.
~ Mempunyai penyakit gout kerana Omega mengelakkan imflamation pada sendi-sendi dan langkah berjaga-jaga supaya bengkak itu tidak membesar.
~ Ada penyakit kulit seperti alahan seafood, resdung, ekzema dan gegata.
~ Penghidap penyakit jantung dan darah tinggi
~ Penghidap kanser.
~ Ingin meningkatkan daya tumpuan dan mengingat seperti pelajar, kanak-kanak, ibu mengandung dan
ibu menyusu.
~ Mengalami sakit dan keradangan sendi.
~ Anda mengalami kebas-kebas tangan, kesejukkan kaki dan tangan terutama wanita lewat 50an.


Omega adalah asid lemak perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan sebaliknya perlu diambil melalui pemakanan seharian. Tahukah anda bahawa masih banyak khasiat Omega3 yang kurang anda sedari! Sedangkan zat ini amat baik untuk kesihatan anda!!


Omega 3 terdiri daripada EPA dan DHA. Tahukah anda akan kebaikan bahan-bahan ini?

EPA MENCEGAH
  • Kanser
  • Pembekuan Darah
  • Pembekuan Lemak dalam Darah
  • Kadar Kolestrol berlebihan
  • Penyakit Jantung
  • Tekanan Perasaan
  • Tekanan Darah Tinggi
TUGAS DHA
  • Mencegah Radang Sendi
  • Mencegah Asma
  • Meningkatkan Daya Seks
  • Mengelakkan Kanser PAYUDARA, USUS, PANKREAS DAN PROSTAT
  • Mencegah Penyakit Kulit
  • Mengelakkan MIGRAIN ,RASA KEBAS DI ANGGOTA BADAN SERTA KESEJUKKAN PADA KAKI DAN TANGAN.
Sumber OMEGA3 ?
  • Telur
  • Ikan salmon
  • Ikan Tuna
  • Ikan sardin
  • Ikan bilis
  • Ikan makarel
  • Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

OmegaGuard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain lagi. Satu hidangan OmegaGuard (3 biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.

Ultratulen & Bergred Farmaseutikal

Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghlangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.
Credit and thanks to Kak Alin @ Momma Mia
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Advance Joint Health (AJHT)

Menyokong Kesihatan Sendi Berpanjangan

Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.


Omega dan Minyak Ikan

PROMOSI di bulan FEB 2013 : OMEGA GUARD SHAKLEE

Sempena promosi kali ini....saya pon nak share la beberapa perkara yg penting berkenaan omega ni...saya pasti ramai dikalangan kita yg dah tahu serba sedikit ttg Omega...bila sebut je Omega..mesti org jawab....Oooo....minyak ikan....=) Tapi, sejauh mana pengetahuan anda ttg minyak ikan ini?? Jika sblm ini anda pernah mengambil minyak ikan ini..adakah anda pasti / selidik / kaji berkenaan dengannya?? 

Ok...sblm kita study lebih terperinci...kita kena tahu dulu apa itu OMEGA-3 :

Omega-3 adalah nama yang diberikan kepada rantaian asid lemak politak-tepu yang panjang (yang mempuyai banyak ikatan). Asid lemak mempunyai minyak-minyak penting yg diperlukan untuk menjamin kesihatan kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkannya sendiri. Malah, ia juga boleh mengakibatkan kegagalan untuk berkembang, melainkan asid lemak ini hadir di dalam makanan yang diambil. Asid lemak boleh ditemui di dalam ikan. Kajian nutrisi telah membuktikan bahawa minyak ikan amat kaya dengan asid lemak Omega-3, asid lemak inilah yang melindungi ikan-ikan laut dalam kerana ia mempunyai takat beku yang rendah dan membantu memanaskan ikan ketika berada di lautan yang paling sejuk. Ikan-ikan semestinya mati kebekuan sekiranya ketiadaan lapisan lemak ini.

Apa pula KEPENTINGAN minyak ikan ini??

Asid lemak Omega-3 adalah asid lemak yang penting. Tubuh kita tidak dapat menghasilkannya dan kita boleh maut sekiranya tubuh tidak menerima Omega-3 untuk jangkamasa yang lama. Walaupun sebelum kita dilahirkan, kita telah menerimanya melalui tali pusat di dalam rahim. Sehinggalah beberapa bulan seterusnya kita terus menerima asid lemak ini melalui susu ibu.

Apa pula yang TERKANDUNG di dalamnya??

2 jenis komponen utama asid lemak Omega-3 ialah minyak yg diaktifkan secara biologikal - asid eicosopentaenoic (ERA) dan asid docosahexaenoic (DHA). ERA adalah penting di dalam mengurangkan risiko penyakit-penyakit kardiak dan peredaran, manakala DHA adalah struktur komponen yang penting untuk sistem saraf manusia. DHA juga amat penting untuk perkembangan otak dan mata terutamanya kepada ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak. Kajian telah menunjukkan bahawa DHA membantu meningkatkan kepintaran dan fungsi mental, la amat-amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran.


Fungsi Omega ini untuk badan kita ......


Kajian tentang fungsi dan kebaikan Omega-3 dan minyak ikan semakin pesat dijalankan semenjak semakin ramai yang sedar bahawa jumlah kematian masyarakat eskimo dan Jepun yg gemar memakan ikan adalah jauh lebih rendah berbanding masyarakat dunia yang lain. Ini adalah kerana minyak ikan mempunyai banyak khasiat. Lebih 10000 kajian saintifik telah diterbitkan di dalam Jurnal Perubatan Antarabangsa terkemuka seperti Jurnal Persatuan Perubatan Amerika (JAMA), Jurnal Perubatan British (BMJ), Lancet, Arkib Perubatan Dalaman, Kardiologi, Jurnal Perubatan New England dan Persatuan Jantung Amerika yang mendokumentasi khasiat-khasiat minyak ikan Omega-3.

Dan apakah yang membuatkan Minyak ikan itu begitu berharga??

Asid lemak Omega-3 mempunyai kanduangan kimia yg istimewa:
1. ia berupaya menarik molekul oksigen dengan berkesan kerana mempunyai struktur yang unik. Terma saintifik menerangkan keupayaan ini sebagai kecenderungan untuk menyebar. Ini membolehkannya mengangkut bahan-bahan seperti toksin ke atas permukaan kulit serta perkumuhan oleh usus, buah pinggang dan peparu.
2. asid lemak Omega-3 adalah sedikit beralkali, di mana ia berupaya menghasilkan ikatan lemak yang membolehkan berlakunya pergerakan sehala elektron, menyeberangi membran sel.

Saranan pengambilan harian Omega-3..

Saranan pengambilan harian asid lemak Omega-3 ialah 1.5 g, bersamaan pengambilan harian 100 g ikan atau 500 g kod ikan secara purata. Pusat Keselamatan Makanan dan Pemakanan Applikasi bagi US Food & Drug Administration (PDA) telah memberikan GRAS sebanyak 3.6g minyak ikan setiap hari [GRAS-Generally Regard As Safe]. Kami menyarankan pengamalan 1.2g-1.8g minyak ikan untuk meningkatkan penyerapannya di dalam tubuh anda. Tapi...adakah anda pasti anda akan dapat makan sebanyak ini setiap hari???Dengan pencemaran yang berleluasa sekarang ini, pastikah kita asid lemak dalam ikan yang kita mkn tuh 100% pure? Perlu diingatkan ye..Ikan mengandungi merkuri..jgn pula sebab nak dptkan 32 auns minyak ikan, tahap merkuri kita pon naik mencanak ..huhu itu mengundang bahaya namanya ye..

1 Feb 2013

Segmen : Jom Tambah Follower Sebanyak yang Mampu

Selamat Malam semua....:)
Kali ini, blog Care For Healthy post ttg segmen Jom Tambah Follower Sebanyak yg mungkin...
segmen nie dianjurkan oleh http://yayaonly.blogspot.com/...
Harap blog nie dpt meramaikan follower yea...
Blog nie utk sesiapa shj terutama yg nak sihat, cntik, menawan n so on...jom, tunggu apa lg..
 Follow ek blog Care For Healthy nie...:)
Photobucket