14 Mar 2013

Kenali Punca OSTEOPORASIS

Ramai orang suka makan makanan tinggi karbohidrat berbanding dengan makanan berlemak. Ini kerana orang ramai menerima pakai saranan golongan pemakanan konvensional secara bulat-bulat iaitu makanan berlemak tinggi kalori, mudah meningkatkan berat badan dan meningkatkan kolesterol.

Hakikatnya ramai yang tidak tahu bahawa lemak jenis sihat membantu menjaga kesihatan dengan mencegah pembentukan keadaan kesihatan (health condition) negatif, memperlahankan kadar perkembangan penyakit tertentu dan menyembuhkan penyakit.
Kerana bimbang lemak tepu konon menimbulkan penyakit koronari maka ramai yang minum susu rendah lemak. Padahal susu penuh krim hanya mengandungi 4 peratus lemak. Ramai yang gemar membeli yogurt dengan kandungan lemak sifar (‘0’ peratus). Mereka memuji teknologi kerana berjaya mencipta yogurt yang bukan berasaskan lemak.

Ramai yang tidak suka makan makanan bersantan tetapi suka makan mentega tiruan berasaskan campuran minyak sayuran terhidrogenasi dan mentega susu asli.
Sebahagian orang meninggalkan makan telur kuning dengan alasan kerana kandungan kolesterol tinggi. Tidak kurang pula yang menjauhi makan ghee (minyak sapi tulen) atau mentega susu tulen. Mereka tidak tahu bahawa lemak yang menyihatkan ini membantu tubuh menyerap nutrien tidak larut air serta mengharmonikan fisiologi (fungsi organ sistem).


Lemak tepu memiliki struktur dan sifat kimia yang berbeza dari lemak tidak tepu. Lemak tepu tidak mempunyai ikatan ganda dua. Jadi ia memiliki tahap berasap (smoke point) yang tinggi dan tidak mudah rosak apabila dipanaskan berbanding dengan lemak tidak tepu yang memiliki ikatan ganda dua. Minyak sayuran kategori lemak poli tidak tepu seperti jagung, bunga matahari, safflower dan kacang soya mudah rosak ketika dipanaskan.

Radikal bebas dalam tubuh tidak mudah merosakkan lemak tepu kerana ia tidak memiliki ikatan ganda dua. Lemak poli tidak tepu merujuk kepada lemak yang mempunyai dua atau lebih (dari dua) ikatan ganda dua.

Ketidakseimbangan hormon

Doktor mencadangkan golongan berusia 40-an ke atas agar perlu lebih berhati-hati dengan pengambilan lemak terutama lemak tepu. Golongan perubatan moden sentiasa mengaitkan lemak tepu dengan peningkatan kolesterol darah dan seterusnya peningkatan risiko penyakit jantung koronari.


Maka tidak hairanlah mengapa warga tua yang taksub kepada cadangan golongan perubatan moden agar mengurangkan pengambilan lemak mudah mengalami osteoporosis atau osteoporosis yang dalami semakin parah!

Osteoporosis lebih mudah dialami golongan wanita berbanding lelaki kerana wanita dikatakan mengalami ketidakseimbangan hormon estrogen dan progesteron.
Isi kelapa segar mengandungi fitosterol. Fitosterol ini dipercayai bertindak secara biokimia dalam tubuh wanita sama sepertimana tindakan pregnenolone. Dalam tubuh pregnenolone ialah bahan kimia pemula (precursor) kepada hormon lelaki dan wanita.

Oleh sebab fitosterol biasanya larut lemak maka santan dan minyak kelapa berkemungkinan besar mengandungi bahan ini.

Wanita di ambang menopaus atau yang telah mengalami menopaus boleh cuba mengambil santan dan minyak kelapa bagi membantu memperlahankan proses osteoporosis atau merawat osteoporosis.

Pertama kerana santan dan minyak kelapa membantu menyerap Kalsium dan Magnesium. Kedua kerana santan dan minyak kelapa berkemungkinan mengandungi fitosterol yang meniru sifat biokimia pregnenolone.

Golongan penyelidik dari Purdue University diketuai oleh Watkins BA melaporkan di ACOS Proceedings, Indiana (1996) dengan artikel berjudul Importance of Vitamin E in Bone Formation and in Chondrocyte Function mendapati asid linoleik yang rosak akibat serangan radikal bebas mengganggu proses pembinaan tulang.

Asid linoleik memiliki dua ikatan ganda dua dan digunakan sebagai penanda bahawa sesuatu jenis minyak adalah dalam kategori lemak poli tidak tepu. Minyak-minyak sayuran termasuk minyak jagung, bunga matahari, soya dan saffower adalah kategori lemak poli tidak tepu kerana ia mempunyai paras asid linoleik yang tinggi.

Watkins BA dan rakan mendapati aras vitamin E yang tinggi dalam minyak omega-6 menjaga sejenis mekanisme dalam pembinaan tulang dari gangguan radikal bebas. Mekanisme yang dimaksudkan ialah proses melibatkan penyimpanan Kalsium. Pada masa sama para penyelidik mendapati lemak tepu juga berupaya mencegah mekanisme tersebut daripada serangan radikal bebas sepertimana vitamin E.

Nilai nutrien

Untuk pengetahuan anda minyak sekam beras (rice bran oil) ialah sejenis minyak poli tidak tepu. Namun kandungan sejenis vitamin E di dalamnya dikenali sebagai gamma orezanol dipercayai menyebabkan ia tidak mudah rosak apabila dipanaskan.

Thailand adalah pengeluar terbesar minyak ini dan ia telah mula digunakan kebanyakan restoran terkemuka di Amerika Syarikat secara meluas.

Pemakan sayur-sayuran mudah mengalami osteoporosis terutama mereka yang menghindari daripada mengambil makanan berlemak sama ada lemak haiwan atau sayuran. Ramai yang tidak tahu bahawa lemak yang sihat iaitu lemak tepu diperlukan tubuh bagi menyerap kalsium dan magnesium di samping menyerap logam berat.

Osteoporosis menjadi lebih buruk apabila penghidap sering minum air bertapis menggunakan proses osmosis songsang. Bukan sahaja bebas daripada sebarang jenis mineral, malah pengambilannya secara berpanjangan dipercayai menarik keluar mineral asas untuk kekukuhan tulang seperti magnesium.

Pengambilan garam biasa juga dipercayai memburukkan osteoporosis. Ramai orang tidak tahu bahawa garam biasa kurang atau langsung tidak mengandungi mineral kelumit.

Mineral kelumit seperti yang terdapat dalam garam laut asli atau garam gunung purba dipercayai membantu menstabilkan paras pelbagai jenis mineral yang diperlukan tubuh.

Pengambilan gula, kopi dan alkohol secara berlebihan dikaitkan dengan risiko osteoporosis. Gula putih ialah sejenis pemanis yang tidak memiliki nilai nutrien yang sempurna. Pemprosesan menyebabkan ia tidak mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan untuk pertumbuhan tulang.
Sering makan ubat-ubatan moden, stres kronik berpanjangan, kuat merokok, makan berlebihan, makanan tinggi karbohidrat terproses juga mempercepat pereputan tulang. Kesemua faktor yang disebutkan mengurangkan Magnesium dari tubuh. Kesan akhir daripada ketidakseimbangan nisbah Kalsium-Magnesium ialah pereputan tulang.
sumber sinar harian
Kenapa Shaklee Osteomatrix pilihan saya?

... kerana Ostematrix ni lengkap dgn unsur Kalsium, Magnesium, dan Vitamin D. Vitamin D dalamnya penting utk memastikan penyerapan kalsium dalam darah dengan lebih efektif. Makan 4biji sebelum tidur, esoknya bangun pagi cergas ceria, membuang memang mudah.. Alhamdulillah..
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi : Fb Yati Md Zain | 0199142713 | id 867582

No comments:

Post a Comment